Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Deleted Scene Doctor Strange Telah Didedahkan

Seperti kebiasaannya, filem-filem Superhero yang telah ditayangkan di pawagam akan mengeluarkan versi DVD Blu-ray yang mengandungi filem un-cut dan sedikit behind the scene semasa proses pengambaran filem. Versi DVD ini sememangannya ditunggu-tunggu oleh peminat kerana ia menunjukan footage penuh filem-filem yang telah ditayangkan

Doctor Strange juga tidak ketinggalan dan bakal mengeluarkan DVD-Blu-ray tidak lama lagi yang turut mengandungi beberapa babak yang telah dipotong dari filem yang mendapat sambutan peminat-peminat filem Superhero Marvel ini.

Beberapa buah lamanĀ web hiburan seperti Comicbook.com dan Moviepilot.com telah mendedah beberapa babak “deleted scene” yang menunjukan aksi Kaecilius (lakonan Mads Mikkelsen) memotong badan salah seorang pengikutnya semasa mereka sedang dalam upacara menyeru Dormamu dan membunuh seorang priest didalam gereja.

Babak-babak yang dedahkan ini sememangnya tidak ditunjukan dalam versi wayang. Jom kita tengok aksi kejam Kaecilius dalam filem deleted scene Doctor Strange

Doctor Strange Deleted Scene: Nervous Zealot

https://www.youtube.com/watch?v=Ian1ZSP9JGM

Doctor Strange Deleted Scene:Ā Kaecilius Kills Priest

https://www.youtube.com/watch?v=KhZg6XtiuIs

Dengan mencipta pedang yang panjang menerusi kuasa magiknya, Kaecilius telah membelah badan pengikutnya kerana gagal menghasilkan kuasa semasa upacara menyeru Dormamu dan juga menggunakan teknik yang sama dalam babak dia membunuh seorang priest.

Menurut PengarahĀ Scott Derrickson kepadaĀ Entertainment Weekly, dia terpaksa memotong babak tersebut bagi memastikan filem berkenaan berjalan dengan sempurna.

Untuk melihat lebih banyak lagi deleted scene atau extended version, tunggu pelancaran versi DVD Blu-ray filem Doctor Strange yang akan dikeluarkan pada 28 Februari ini.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Saksikan Trailer ‘Dungeons & Dragons: Honor Among Thieves’ & Poster Karakter Terbaru

Kakimuvee

Netflix Keluarkan Video Klip dan Poster Pertama ‘Murder Mystery 2’

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

[TRAILER] Keira Knightley Bintangi Filem Jenayah Disney+ Hotstar ā€œBoston Stranglerā€

Kakimuvee

[TRAILER] The Flash: Barry Allen Terperangkap Dalam Realiti Alternatif Tanpa Metahuman.

Kakimuvee

Leave a Comment