Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

‘Deleted Scene’ Doctor Strange 2 Memaparkan lebih Banyak Watak Bruce Campbell

Doctor Strange in the Multiverse of Madness kini boleh di strim di Disney+ Hotstar, dan sementara itu, Vudu telah mengeluarkan babak dipotong eksklusif dari filem tersebut, yang menampilkan lebih banyak watak Pizza Poppa lakonan Bruce Campbell.

Dalam adegan yang dipotong itu, Pizza Poppa dilihat masih menumbuk dirinya sendiri selepas dia bertembung dengan Doctor Strange.


Seperti dalam adegan pasca kredit penuh, Pizza Poppa akhirnya dapat berhenti memukul dirinya sendiri, dan menunjukkan rasa marah terhadap Doctor Strange. Anda boleh lihat adegan penuh dibawah:

Diarahkan oleh Sam Raimi dari lakon layar oleh Michael Waldron (Loki), Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan membawa penonton melihat pengembaraan Doctor Strange ke alam yang tidak diketahui, dengan bantuan sekutu mistik, baik yang lama mahupun yang baharu. Merentasi realiti alternatif yang sukar untuk dijelaskan dan merbahaya, Doctor Strange harus berhadapan musuh baharu yang misteri. 

Barisan pelakon terdiri daripada Benedict Cumberbatch, Chiwetel Ejiofor, Elizabeth Olsen, Benedict Wong, Xochitl Gomez, Michael Stühlbarg, dan Rachel McAdams.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness boleh distrim di Disney+ Hotstar.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment