Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

“Deleted Scene” Black Widow Tunjuk Kepintaran Natasha, & Menggoda Pasukan Superhero ‘Thunderbolts’

Black Widow telah menerima pujian dari pengkritik dan peminat, namun terdapat satu bahagian dalam filem itu telah meninggalkan persoalan kepada penonton. Bahagian tersebut merujuk kepada peralihan adegan yang melibatkan General Ross dan anggotanya ketika mereka menghampiri Natasha Romanoff, dan adegan dimana dia kelihatan seperti sudah bebas dengan gaya rambut yang baru.

Pengarah Cate Shortland telah menjelaskan peralihan babak yang agak janggal itu dengan berkata, “Itu disengajakan, kerana kami ingin meninggalkan pertanyaan tentang bagaimana dia melarikan diri, daripada membiarkan peminat bosan dengan satu lagi adegan pertarungan yang lain. Kami ingin meninggalkan kepada anda semua dengan persoalan tentang bagaimana dia menggunakan kepintarannya?”


Dan kini, kita akhirnya dapat mengentahui bagaimana Natasha dapat melarikan diri menerusi video ‘deleted scene’ yang telah tersebar di atas talian.

Dalam video tersebut, yang anda boleh lihat dibawah, memaparkan kedatangan Ross bersama anggotanya, dan mengentahui bahawa Natasha telah menumpaskan Red Room secara bersendirian sebelum meletakkannya dalam tahanan. Namun, pada penghujungnya, Red Guardians, Yelena Belova dan Melina Vostokoff tidak membawa Taskmaster bersama mereka, sebaliknya penjahat itu telah diambil dan ditahan oleh General Ross. 

Babak yang menunjukkan anggota tentera membawa Taskmaster seolah-olah menggoda kewujudan Thunderbolts – pasukan superhero Marvel yang sangat popular di dalam komik. Tambahan pula, terdapat khabar angin yang mengatakan Ross mungkin sedang mengumpul dan membentuk pasukan itu.

Di penghujung video, penonton akan melihat bagaimana Natasha menggunakan kepintarannya untuk melarikan diri dari Ross. Tonton ‘deleted scene’ Black Widow dibawah: 

Sumber: Comicbookmovie.com

Strim Black Widow (2021)

Related posts

Gambar “Enola Holmes 2” Goda Pandangan Pertama Filem Sekuel Netflix

Kakimuvee

Musim 3 One-Punch Man Telah Diumumkan

Kakimuvee

Trailer WEDNESDAY Goda Misteri, Kekacauan & Pembunuhan Untuk Siri Terbaru Netflix

Kakimuvee

Mark Ruffalo Ulas Potensi Filem “World War Hulk”, “Avengers: Secret Wars”

Kakimuvee

Marvel Studios Akan Mendapatkan Semula Hak Teater ‘Jade Giant’ Daripada Universal Menjelang 2023

Kakimuvee

Watak Emilia Clarke Dalam MCU Mungkin Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment