Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Video

Deleted Scene Avengers: Infinity War Paparkan Spider-Man & Doctor Strange Bergabung Menyelamatkan Ahli Guardians Of The Galaxy


Walaupun sudah lebih setahun berlalu, peminat masih lagi ‘bersembang’ mengenai filem Avengers: Infinity War. Terbaru, sebuah video yang mengandungi ‘deleted scene’ Infinity War telah mula tersebar di media sosial.

Babak dipotong itu dipercayai tidak disiapkan sepenuhnya semasa proses ‘pasca produksi’. Ia berdasarkan latarbelakang yang masih mengandungi layar hijau serta kesan-kesan khas yang belum diperincikan.

Dalam video tersebut, ia menunjukkan Spider-Man dan Doctor Strange bergabung untuk menyelamatkan ahli Guardians of the Galaxy semasa pertarungan di planet Titan. Spider-Man telah menggunakan segala kepakarannya untuk membawa ahli GOTG yang pengsan ke tempat yang selamat sebelum Mantis menggunakan abilitinya untuk mengejutkan mereka yang tidak sedarkan diri.

Klip video ini merupakan antara klip istimewa yang dimasukkan dalam set “Infinity Saga”, yang turut mengandungi beberapa ‘alternante ending’ serta babak-babak dipotong dari 23 buah filem MCU sebelum ini.

Anda boleh saksikan deleted scene Avengers: Infinity War dibawah.


https://twitter.com/AdamKhan100/status/1200199419397902336?s=20


Related posts

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’

Kakimuvee