Video

Deleted Scene AVENGERS: INFINITY WAR Paparkan Black Widow Bertemu “Smart Hulk”

Views

Edisi terhad Infinity Saga bukan sahaja menghimpukan kesemua filem-filem Marvel Cinematic Universe dari Fasa 1 hingga Fasa 3, tetapi turut mengandungi beberapa deleted scene yang tidak pernah disaksikan penonton.

Antara yang terbaru, deleted scene dari filem Avengers: Infinity War yang memberi sesuatu yang menarik pada peminat filem-filem Marvel.

Deleted scene tersebut, merupakan versi awal Avengers: Infinity War dimana ia memaparkan Bruce Banner telah berubah menjadi Smart Hulk semasa pertempuran akhir, memusnahkan perisai Hulkbuster untuk menewaskan Cull Obisidian.

Bagaimanapun, pengarah Russo Brothers dan Marvel Studios mengambil keputusan lain, dengan memadam babak tersebut dari Infinity War, dan memperkenalkan Smart Hulk dalam filem Avengers: Endgame. 

Dalam deleted scene yang dikongsikan pengguna media sosial Twitter, kita dapat melihat transformasi Bruce menjadi Smart Hulk dan bertemu Black Widow serta The Falcon dikala Pertempuran Wakanda masih berlangsung dikawasan berdekatan.

Anda boleh saksikan deleted scene tersebut dibawah. Untuk info, deleted scene yang dipaparkan tidak siap sepenuhnya.

Tinggalkan Balasan

shares