Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Trivia Video

Deleted Scene “Ant-Man and The Wasp” Dedah Bagaimana Janet Van Dyne Boleh Bertahan Di Quantum Realms

Walaupun tidak memaparkan konflik sebesar Avengers: Infinity War, Ant-Man and the Wasp masih dianggap penting kerana ia mendedahkan cara untuk Avengers menyelamatkan alam semesta dari Thanos. 

Petunjuk terbesar filem kedua Ant-Man itu adalah ketika Hank Pym (Michael Douglas) pergi menggembara ke Quantum Realm untuk mencari isterinya, Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer). Penggembaraan Hank Pym bukan sahaja memperkenalkan ahli asal Avengers ke Marvel Cinematic Universe, malah turut menunjukan bagaimana masa beroperasi secara berbeza di Quantum Realm. Ini secara tidak langsung menyebabkan Avengers menggunakan Quantum Realm untuk menggembara masa di Avengers: Endgame. 

Dalam filem 2015, filem pertama Ant-Man, telah terungkap bahawa semasa melakukan misi, Janet terpaksa menyusut ke tahap molekul untuk menghentikan peluru berpandu balistik. Walaupun tindakannya menyelamatkan banyak nyawa, ia juga menyebabkan dia hilang selama beberapa dekad. Terima kasih kepada Scott Lang (Paul Rudd) yang secara tidak sengaja pergi ke Quantum Realms, dan dia telah mencetuskan harapan dalam diri Hank bahawa Janet masih lagi hidup.

Harapan Hank diteruskan dalam filem sekuel, dimana dia akhirnya bertemu dengan isterinya yang telah lama hilang. Dalam sebuah video ‘deleted scene’, telah didedahkan pelbagai cara bagaimana Janet dapat bertahan di Quantum Realm selama beberapa dekad. 

Ketika Janet tersesat di Quantum Realm, dia hanya memiliki sut dan kecerdasannya yang genius, yang banyak membantu bertahan di alam tersebut. Selepas bertemu dengan isterinya, Hank dan Janet berjalan merentasi Quantum Realm, dalam babak “Worlds Upon Worlds,” dimana ia menunjukan satu alat yang banyak membantu Janet untuk bertahan selama bertahun-tahun. 

Dalam babak tersebut, Janet menjelaskan kepada Hank betapa luasnya Quantum Realm, menjangkaui apa yang difikirkan mereka. Semasa mereka berjalan, mereka bertembung dengan satu makhluk aneh yang menakutkan. Dengan pantas, Janet mengeluarkan sebuah alat dan berbicara dengan makhluk tersebut, dengan berkata, “Hanya melewati, kami tidak menuntut.” Makhluk itu kemudiannya membalas dengan mengatakan “Pergilah dengan aman”, dan memberikan mereka jalan selamat, sekaligus mengejutkan Hank. 

Walaupun terdapat banyak peradaban di dalam Quantum Realm, terdapat juga struktur sosial. Janet meminta laluan selamat memberikan gambaran tentang masyarakat dalam dunia itu. Ini juga memperlihatkan inovasi dan kepintarannya ketika tinggal di tanah asing. Dia dapat menggunakan teknologi yang digunakan dalam topi keledar untuk bercakap dengan makhluk lain; komunikasi sangat penting, dan banyak membantunya untuk bertahan. 

Walaupun dia memperolehi abiliti yang boleh menyembuhkan Ghost (Hannah John-Kamen) dari rasa sakitnya yang tidak berkesudahan, sebenarnya minda Janet yang cukup kuat banyak membantunya untuk bertahan di alam mikroskopik sehingga Hank menemuinya. ‘Deleted Scene’ “Worlds Upon Worlds” menunjukkan bahawa masih banyak aspek dari Quantum Realm yang boleh diteroka di masa hadapan. 

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

The Many Malaysian Faces on Netflix

Zulaikha

6 Actors Who Took On Their Own Stunts and Nailed It

Zulaikha

7 Surprising Things You Probably Didn’t Know About the Cast of Money Heist

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment