Trivia

DEFENDING JACOB - Isu Pedofilia Yang Kian Menjadi Barah

Views

(ARTIKEL INI MUNGKIN MENGANDUNGI SPOILER)

Dalam penulisan yang lalu, penulis telah membuka jalan serba sedikit dalam membongkar isu psikologikal sesebuah keluarga apabila berhadapan dengan satu keadaan yang menekan dan bagaimana ibubapa bertindak berhadapan dengan perkara tersebut secara psikologikalnya dan bagaimana ibubapa mengawal situasi serta mempamerkan sisi “parenting skill” yang bertepatan dengan keadaan terhadap anak masing – masing.

Setakat 18 Mei 2020, drama bersiri yang disiarkan di saluran penstriman Apple TV+ kini telah mencapai episod ke – 6. Secara berlapik dan tersirat, selama 5 episod pihak produksi telah memainkan isu pedofilia namun di episod yang ke – 6 pada kali ini telah memaparkan satu isu yang agak meruncing di tahap global pada masa kini iaitu pedofilia.

Malaysia walau bagaimanapun tidak terkecuali dalam kancah ini. Masih segar rasanya di ingatan pada tahun 2007, gempar melibatkan kes seorang kanak kanak perempuan yang berumur 8 tahun yang diculik dan diperlakukan luar daripada jangkaan normal akal manusia.

Defending Jacob pada kali ini memainkan isu ini serba sedikit dilihat menjadikan jalan cerita drama bersiri ini agak komplikated dan lebih berselirat. Sehingga episod ke – 6 ini makin banyak misteri yang dibina dan “tension” cerita ini juga ditarik dengan begitu berhati hati agar dapat bermain di fikiran penonton dan secara tidak langsung mengheret penonton bersama dalam permasalahan watak watak yang bermain dalam penceritaan ini.

Selain itu, beberapa “detailing” watak yang diberikan juga cukup konsisten sehingga kini dan dilihat begitu kena dengan beberapa simptom klinikal yang diberikan kepada watak Jacob ini dan pelakonya sendiri membawanya dengan begitu baik. Hal ini termasuklah tingkah laku sosial yang ada pada Jacob yang mana merupakan seorang kanak – kanak yang mempunyai tekanan emosi kerana perkara yang berlaku di sekelilingnya dan beberapa campuran “behavioural disorder” yang ada pada Jacob. “Lack of empathy” , “low tolerance” adalah antara beberapa perkara yang diletakkan pada Jacob dan perkara ini tidak ditunjukkan secara langsung kepada penonton sehinggalah episod ke – 6. Namun begitu, perkara ini dilihat begitu konsisten dimainkan oleh pelakon yang membawa watak Jacob ini iaitu Jaeden Martell.

Secara jujurnya, penulis sangat menginginkan drama seperti ini turut dihasilkan oleh produksi tempatan mengikut acuan budaya tempatan. Secara bijaknya dibancuh ke dalam bekas drama dan menghasilkan sebuah produk yang bagus sehingga mampu mengheret penonton bersama – sama menghadapi tekanan yang dialami oleh watak watak dalam drama bersiri ini. Walaupun Defending Jacob ini hanya merupakan adaptasi dari sebuah novel, namun pujian harus diberikan kepada pihak produksi kerana mampu menghasilkan sebuah drama bersiri adaptasi yang begitu bijak.

Defending Jacob boleh ditonton di saluran penstriman atas talian Apple TV+. Episod seterusnya iaitu episod 7 akan ditayangkan pada Hari Raya Pertama nanti.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks