Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TVTrivia

DEFENDING JACOB 2020 – Mengungkap Sisi Psikologikal Sebuah Keluarga.


(ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER, SEBARANG KECEDERAAN EMOSI KERANA SPOILER ADALAH TANGGUNGJAWAB SENDIRI)

2020 merupakan sebuah tahun yang agak mencabar bagi peminat peminat filem sekalian lebih – lebih lagi seluruh dunia hampir tersungkur dilanda pandemik COVID – 19 yang mengganas pada akhir 2019 dan sehingga saat artikel ini ditulis, masih lagi belum ternampak di mana kah garisan penamat bagi pandemik kali ini. Namun bukan itu yang menjadi teras perbincangan pada kali ini. Sekadar sebagai pembuka bicara.

Dek kerana pawagam seluruh negara ditutup dan hampir semua filem telah dijadualkan kembali tarikh tayangannya, para peminat filem kini mula beralih kepada laman penstriman online seperti iFlix, Netflix dan sebagainya. Tidak terlepas mengambil kesempatan ini iaitu pihak Apple TV + yang menyiarkan sebuah drama bersiri berjudul Defending Jacob yang dilakonkan oleh Chris Evans, Jaeden Martell, Michelle Dockery, Cherry Jones dan ramai lagi. Mula menayangkan episod pertamanya pada 24 April 2020, drama bersiri Amerika ini menampilkan sebuah kisah tentang sebuah keluarga yang terbabit dalam kancah sebuah jenayah yang tidak tersengaja.

Apabila konflik bermula, banyak perkara yang boleh diperhatikan disini lebih lebih lagi aspek psikologikal sesebuah keluarga dalam menangani tekanan yang berlangsung dalam keluarga mereka. Apabila si bapa menjumpai sebilah pisau dalam bilik si anak dan kemudiannya perkara ini di bawa dalam satu “mesyurat keluarga” yang tidak formal.

Satu sisi “parenting skill” yang dapat dilihat disini adalah cara si bapa memula dan melangsungkan teguran kepada si anak. Nada yang sekata beserta perkataan yang tidak kesat seharusnya digunakan dalam menangani masalah yang melibatkan tingkah laku seorang anak namun perkara itu tidak berlaku disini di mana si ayah bermula dengan nada biasa dan terus menaikkan “volume” nada itu sehingga si anak berasa tersinggung dan perkara ini boleh membantutkan luahan perasaan yang mungkin ada dalam diri si anak lebih lebih lagi anak tersebut adalah anak tunggal.


Proses sosial anak tunggal berbanding anak yang mempunyai adik beradik agak berbeza kerana mereka yang mempunyai adik beradik telah terdidik untuk bersosial dan meluahkan apa yang ada pada diri masing masing terhadap kalangan adik beradik mereka paling kurang. Namun berbeza dengan anak tunggal yang mana proses sosialnya lebih kepada barang barang sekelilingnya seperti telefon pintar atau “video games” yang mungkin ada dalam biliknya.

Jadinya tidak pelik sekiranya seorang anak tunggal bersifat memendam akan sesuatu perkara sekiranya berlaku pada dirinya sepertimana yang ditunjukkan oleh Martell melalui watak Jacob yang dilakonkannya. Berbalik kepada soal nada menegur itu tadi, satu contoh yang salah telah ditunjukkan dalam perkara ini  boleh diambil untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita semua.

Akan bagaimanapun, si ayah telah memohon maaf secara tersirat kepada si anak dengan menyatakan bahawa dia tidak sepatutnya menjerit terhadapnya dan di sini, si ibu memainkan peranan yang cukup indah di mana pergi kepada si anak tanda mempercayainya. “Body Contact” seperti pelukan juga adalah satu perkara yang boleh dilakukan bagi meredakan keresahan dan ketakutan yang mungkin ada pada si anak.

Airmata tidak dinafikan sememangnya menjadi antara mekanisma tubuh kita meredakan stress yang berkesan. Satu babak menunjukkan ibu kepada Jacob masuk ke bilik air kemudian menangis merupakan satu norma kehidupan yang biasa lebih lebih lagi bagi wanita.

Adakalanya kita perlu menangis untuk melepaskan segalanya kerana bagi mereka yang mungkin tidak mengetahui, dalam airmata yang mengalir asbab daripada emosi seperti ketakutan dan kesedihan akan menyingkirkan toksin dari dalam badan  berbanding tangisan akibat radangan seperti menangis semasa memotong bawang. Jadi ada masa sekiranya kita sudah tidak dapat membendung permasalahan kita di dada, maka luahkanlah ia melalui tangisan. Jangan bimbang. Ia normal.

Selain itu juga, terdapat satu babak dimana babak peguam kepada Jacob yang menerangkan beberapa situasi yang respons yang perlu diambil. Babak ini juga begitu menarik kerana kita dapat lihat bagaimana sesebuah komuniti memberi respons dan melancarkan stigma masing masing terhadap kes kes jenayah seperti ini.

Pada dasarnya, drama bersiri Defending Jacob ini banyak memberi pengajaran kepada kita semua akan pentingnya cara kita menangani sesuatu masalah yang datang kepada kita dan kesan sesuatu permasalahan itu kepada orang sekeliling kita terutamanya keluarga dan komuniti kita am nya.

Drama ini mungkin bukan yang terbaik sekiranya dilihat dari kacamata seorang penggemar filem namun saya sendiri sebagai seorang terapis yang telah banyak menguruskan kes berkaitan kanak – kanak dan rumah tangga sudah tentu ada kisah dan isi yang boleh kita ambil sebagai pengajaran.

Drama ini berlatar-tempatkan sebuah kawasan di bandar Boston, Massachusetts, United State. Aturan dunia juga begitulah, US begitu hebat dalam filem/drama namun di dunia nyata? Anda ada jawapannya.


Related posts

Poster Terbaru Monarch: Legacy of Monsters Untuk Siri Terbaru MonsterVerse Apple TV+

Kakimuvee

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Trailer The Crowded Room: Tom Holland Terajui Drama Thriller Terbaru Apple TV+

Kakimuvee

Apple TV+ Lancar Trailer Filem Lakonan Ana de Armas & Chris Evans “Ghosted”

Kakimuvee

Leonardo DiCaprio & Martin Scorsese Kembali Bergandingan Dalam Filem Thriller Terbaru Untuk Apple TV+

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Godzilla and the Titans” Beri Pandangan Awal Untuk Siri Terbaru Apple TV+

Kakimuvee