Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Deborah Chow Akan Mengarahkan Siri Obi-Wan Kenobi Untuk Disney+

Pembikin filem dari Kanada Deborah Chow telah dipilih untuk mengarahkan keseluruhan siri televisyen Obi-Wan Kenobi untuk Disney+. Pekara tersebut diumumkan Lucasfilm baru-baru ini.

Chow telah dikreditkan dalam beberapa projek televisyen termasuklah Fear the Walking Dead, Better Call Saul, Mr. Robot, Iron FistAmerican Gods, dan The Man in the High Castle.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy

“We really wanted to select a director who is able to explore both the quiet determination and rich mystique of Obi-Wan in a way that folds seamlessly into the Star Wars saga. Based on her phenomenal work developing our characters in The Mandalorian, I’m absolutely confident Deborah is the right director to tell this story.”

Obi-Wan Kenobi akan ditetapkan 8 tahun selepas kejadian Revenge of the Sith, dimana Obi-Wan kali terakhir dilihat di planat Tatooine selepas menyerahkan bayi Luke Skywalker kepada sepasang suami isteri.

Siri akan ditulis oleh Hossein Amini. Chow, Amini, dan Ewan McGregor akan turut bertindak selaku penerbit eksekutif bersama-sama Kathleen Kennedy, Tracey Seaward dan John Swartz.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai plot walaupun terdapat beberapa novel dan komik Star Wars yang menceritakan kehidupan Obi-Wan semasa di Tatooine diantara Episodes III dan IV.

Disney+ kini memiliki dua siri ‘live action’ Star Wars iaitu The Mandalorian dan siri yang melibatkan karakter Cassian Andor (masih belum mempunyai tajuk)

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

Leave a Comment