Filem paling bermasalah masakini, The Batman sekali lagi dilanda krisis selepas pengunduran Ben Affleck dari kerusi pengarah dan khabar angin yang mengatakan The Batman adalah filem terakhir aktor tersebut. Berita terbaru yang kami baca dari laman web Movie Pilot telah mengatakan villain utama dalam filem tersebut telah digugurkan dari filem The Batman.
Status Deathstroke ini keluar dari mulut pelakonnya sendiri iaitu Joe Manganiello semasa ditemubual dalam dalam rancangan televisyen Pittsburgh Today Live,Ā beliau telah diberi soalan mengenai masa depan karakter tersebut dalam DCEU,Ā dan ini jawapan yang diberikan.
“Umm. Maybe. Well, we’ll see.”
Ini mungkin disebabkan pemilihan Matt Reeves sebagai pengarah filem The Batman, kerana menurut laman Movie Pilot, Pengarah tersebut bukan sahaja akan memulakan skrip yang baru, malah story filem The Batman juga akan diolah. Matt Reeves telah diberi kebebasan penuh untuk mengeluarkan idea – idea kreatifnya semasa pembikinan The Batman, jadi kemungkinan karakter Deathstroke sebagai villain utama filem The Batman akan turut berubah.
Sebelum ini, Ben Affleck telah mengumumkan Deathstroke sebagai villain yang bakal ditentang oleh Batman. Ramai peminat menyambut baik berita tersebut memandangkan Deathstroke handal dalam martial art dan memiliki teknologi setanding dengan Batman. Pertembungan kedua-dua karakter tersebut pasti memberikan aksi yang hebat kerana kedua-duanya tidak memiliki superpower.
Bagaimanapun kita tunggu perkembangan terbaru filem The Batman akan datang untuk melihat samada Deathstroke kekal sebagai villain utama ataupun villain lain akan mengambil tempatnya untuk menentang Batman.
The Batman tidak akan memulakan pengambaran sehingga tahun 2018 dan tarikh tepat tayangan filem tersebut masih lagi tidak diketahui.