Berita

Deadpool: Trailer Pertama Di Dedahkan

Views
sumber: screenrant.com
sumber: screenrant.com

Pihak 20th Century Fox telah mengeluarkan 'Red Band Trailer' untuk filem Deadpool di San Diego Comic-Con sebentar tadi.  Pada tahun lalu, satu footage versi HD mengenai watak Deadpool telah tersebar di laman Youtube telah menyebabkan banyak peminat Marvel mahukan Deadpool di filem seperti karakter - karater X-Men yang lain. Semenjak itu, pihak produksi 20th Century Fox telah memberi lampu hijau untuk membuat filem ini.

Dan selepas setahun berlalu, kini Pihak 20th Century Fox telah mengeluarkan trailer pertama filem Deadpool. Filem ini akan ditayangkan pada 12 Februari 2016.

Plot:

Berdasarkan dari komik antihero Marvel iaitu Deadpool, mengisahkan kisah asal bekas anggota pasukan khas yang kemudiannya menjadi askar upahan, Wade Wilson. Wade telah dijadikan subjek ujikaji kejam. Hasil ujikaji tersebut menyebabkan beliau mempunyai kuasa untuk menyembuh dengan cepat, dan semenjak itu dia mengunakan nama Deadpool. Dengan  uasa terbaru dan berperangai lucu, Wade aka Deadpool memburu mereka yang hampir memusnahkan kehidupannya.

Pelakon: Ryan Reynolds, Morena Baccarin, Ed Skrein, T.J. Miller, Gina Carano, Brianna Hildebrand

Wade Wilson pernah muncul dalam filem X-Men - Origins. Dalam filem tersebut, Wade adalah rakan kepada Wolverine dan dia pernah bertarung dengan Logan (Wolverine) dan Victor Creed (Sabretooth) dalam babak pertarungan di loji Nuklear di penghujung filem tersebut.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks