Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool Punca Kelewatan Sekuel Filem Zombieland

Hampir sedekad peminat terpaksa menantikan filem sekuel Zombieland: Double Tap, kini peminat akhirnya dapat mengentahui kenapa sekuel filem Zombieland ini mengambil masa yang cukup lama untuk dihasilkan.

Ketika mempromosikan filem di rancangan The Tonight Show, pelakon Jesse Eisenberg telah mendedahkan punca sebenar kelewatan sekuel filem Zombieland. Ianya disebabkan penulis skrip Rhett Reese dan Paul Wernick sedang sibuk dengan projek filem Deadpool.

Eisenberg menyatakan bahawa pelan asal adalah untuk membawa semua kembali dalam filem kedua, dan “memastikan semuanya dengan betul memandangkan filem pertama cukup popular dikalangan peminat”.

Zombieland: Double Tap! menyaksikan pengarah, Ruben Fleischer serta penulis skrip, Rhett Reese dan Paul Wernick kembali terlibat dalam projek sekuel ini. Selain itu juga, pelakon asal iaitu Woody Harrelson, Jesse Eisenberg, Emma Stone dan Abigail Breslin turut meneruskan watak masing-masing.

Sekuel kali ini berkisarkan tentang Columbus, Tallahasse, Wichita dan Little Rock bergerak ke lokasi-lokasi penting di Amerika dan terpaksa menentang zombi yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama mereka perlu berhadapan dengan kerenah masing-masing.

Turut membintangi filem ini adalah Bill Murray yang akan membawakan wataknya dari filem pertama, Zoey Deutch, Avan Jogia, Rosario Dawson, Thomas Middleditch, Luke Wilson dan Dan Aykroyd.

Filem pertama Zombieland yang diterbitkan pada tahun 2009 menjadi popular dikalangan peminat-peminat filem zombi dan telah berjaya meraih lebih $100 juta dolar.

Zombieland: Double Tap akan menemui penonton di Malaysia pada 31 Oktober ini.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment