Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool Filem Paling Kerap Di Muat Turun 2016

Aktivti cetak rompak dan muat turun secara haram kekal menjadi duri dalam daging industri perfilemanĀ tempatan mahupun antarabangsa. Ia telah menyebabkan industri perfileman mengalami kerugian yang besar akibat daripada aktiviti-aktiviti seperti ini.

Antara yang paling kerap menjadi mangsa kepada isu cetak rompak ini ialah filem-filem dari Hollywood terutamanya filem-filem yang sukses dan mendapat respond yang baik.

Bukan itu sahaja, siri televisyen juga menjadi mangsa dalam isu ini. Antara siri televisyen yang paling kerap dimuat turun secara haram di internet ialahĀ Game of ThronesĀ danĀ Westworld.

Isu muat turun haram ini telah menyebabkan industri perfileman Hollywood mengalami kerugian berbillion dollar. Ditambah pula lama-laman web yang menyediakan link download untuk filem semakin hari semakin bertambah dan terus bermaharajalela. Antara laman yang popular digunakan oleh mereka ialah BitTorrent dan hampir setiap hari beribu-ribu pengguna akan menggunakan BitTorrent untuk memuat turun filem kegemaran mereka.

Menurut laman webĀ  TorrentFreak, kebanyakkan filem yang di muat turun secara haram adalah filem-filem superhero dari Marvel dan Fox. Selain itu juga, filem animasi juga turut menjadi mangsa cetak rompak. Antara yang tertinggi adalah Deadpool, kemudian diikuti filem Batman v Superman: Dawn if Justice. Untuk melihat senarai lain, kami paparkanĀ 10 filem-filem Hollywood yang paling kerap dimuat turun secara haram dari internet:-

Senarai 10 Filem paling dicetak rompak dan jumlah kerugian
1 Deadpool – $783,770,709
2 Batman v Superman: Dawn of Justice – $868,160,194
3 Captain America Civil War – $783,770,709
4 Star Wars The Force Awakens – $783,770,709
5 X-Men Apocalypse – $783,770,709
6 Warcraft – $433,125,655
7 Independence Day: Resurgence – $$387,644,286
8 Suicide Squad – $746,100,054
9 Finding Dory – $1,022,701,881
10 The Revenant – $532,950,503

sumber: Torrentfreak.com

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment