Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool & Cable Akan Bergabung Dalam Filem X-Force

X-Force muncul buat pertama kali dalam siri New Mutant pada 1991

Simon Kinberg, pengarah dan penulis yang bertanggungjawab membawa franchise X-Men ke dunia cinematic mengesahkan filem X-Force akan dihasilkan dan Cable antara karakter yang bakal menjadi watak utama dalam filem tersebut.

Cable yang juga karakter antihero Marvel X-Men bakal membuat kemunculan pertama bersama Deadpool dalam sekuel watak tersebut yang akan ditayangkan pada tahun 2018.

Simon memberitahu bahawa filem X-Force yang juga merupakan kumpulan yang mirip dengan X-Men akan memulakan pengambarannya sejurus tamat pengambaran filem Deadpool 2 yang akan memulakan produksi tidak lama lagi. Simon memberitahu laman web Deadline mengenai filem terbaru FOX ini:

“The great thing working with a property that has been around for decades is that there’s thousands and thousands of rich, compelling stories and characters than we’ll ever have time to tell on screen.

“We are working hard on New Mutants, Gambit with Channing Tatum, Deadpool 2 and the new X Force movie where Deadpool is alongside Cable and other main characters.”

Kenyataan beliau turut mengesahkan filem solo Gambit akan dihasilkan dengan Channing Tatum akan membintangi filem tersebut, manakala X-Force pula bakal menghimpunkan Deadpool, Cable dan beberapa karakter mutant yang lain.

Cable & Deadpool

Simon juga menambah filem X-Force akan mengikut jejak Deadpool dan Logan, sebuah R-Rated filem dan darker berbanding X-Men.

X-Force merupakan sebuah kumpulan antihero yang mirip seperti X-Men tetapi lebih menjalankan misi-misi black-ops dan ahli kumpulannya dikalangan watak-watak baik yang mempunyai personaliti bertentangan dengan superhero-superhero X-Men.

Perkembangan terbaru ini bakal memberikan pulangan besar kepada FOX studio lebih-lebih lagi filem-filem komiknya yang dilabel R-Rated lebih sukses dari segi kritik dan kewangan berbanding filem-filem X-Men yang lain.

Buat masa ini, X-Force masih dalam perancangan dan aktor yang bakal membawa watak Cable masih belum diumumkan oleh pihak studio. Kami akan berikan berita terkini mengenai dua filem yang bakal mengegarkan dunia perfileman komik akan datang.

Related posts

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Gambar-Gambar Tom Holland & Zendaya Di Set Penggambaran “Spider-Man 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating