Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Deadpool 3” Akan Ditetapkan Di MCU, Kekal Rating-R – Kevin Feige

Selepas dua bulan alum Bob’s Burgers, The Molyneux Sisters dipilih untuk menjadi penulis skrip filem ketiga Deadpool yang diterajui Ryan Reynolds, presiden Marvel Studios, Kevin Feige mendedahkan bahawa, Deadpool 3 akan ditetapkan di Marvel Cinematic Unvierse (MCU), dan mengekalkan ‘Rating-R’ seperti dua filem terdahulu.

“Ia akan diberi rating R, dan kami sedang menghasilkan skrip yang diselia Ryan” ujar Feige dalam temubual bersama Collider.

“Sekali lagi, ia watak yang sangat berbeza dalam MCU, dan Ryan ada kekuatan semula jadi, yang sangat mengagumkan untuk melihatnya menghidupkan watak itu. “

Dalam temubual itu juga, Feige mendedahkan bahawa mereka sedang menumpukan projek yang telah diumumkan, dan penggambaran Deadpool 3 tidak akan dibuat tahun ini. 

Sebelum ini, Feige dan Pengerusi Eksekutif Disney, Bob Iger telah menyatakan minat untuk mengekalkan kandungan ‘R-rated’ dalam filem Deadpool akan datang, sepertimana dua filem terdahulu semasa ia diterbitkan studio Fox. 

Pengesahan Feige menandakan Deadpool 3 akan menjadi filem pertama MCU dan Disney yang bertaraf ‘R-Rated’.

Buat masa ini tidak dipastikan sama ada David Leitch akan kembali menjadi pengarah dalam filem ketiga akan datang. Menurut sumber, jadual Leitch sangat pada sepanjang 2021, dan penglibatannya menjadi tanda tanya. Selain itu juga, tiada penjelasan kenapa penulis skrip filem terdahulu, Rhett Reese dan Paul Wernick tidak kembali dalam filem kali ini.

Related posts

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

Leave a Comment