Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool 2: Tiga Karakter X-Force Bakal Muncul Dalam Sekuel Deadpool?

Deadpool 2 yang akan ditayangkan pada tahun 2018 bakal menampilkan beberapa watak baru dan dijangka lebih menarik dari yang filem sebelum ini. Deadpool 2 dikatakan bakal menjadi pelopor untuk siri filem terbaru yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi iaitu X-Force.

Laman web screen melaporkan, pihak studio sedang merancang melakukan ‘casting’ untuk 3 karakter X-Force yang bakal muncul dalam filem Deadpool. Bagaimanapun, ketiga-tiga karakter tersebut tidak akan muncul dalam mana-mana babak utama Deadpool 2, tetapi sebaliknya muncul dalam scene post-credit sebagai setup untuk filem X-Force selepas itu.

Antara karakter yang bakal muncul dalam post-credit tersebut ialah Sunspot atau nama sebenarnynya Roberto DeCosta dan mempunyai abiliti yang menyerap tenaga solar untuk terbang dan melakukan abiliti lain. Karakter kedua ialah Shatterstar atau nama sebenarnya Gaveedra Seven, anak kepada ahli X-Men Dazzler and Longshot. Mempunyai abiliti superhuman dan mempunyai badan yang sangat ringan manakala karakter ketiga ialah Feral atau nama sebenarnya Maria Callasantos, mempunyai kuasa untuk menyembuh, speed, agility serta mempunyai claw dan taring.

Ketiga-tiga karakter tersebut akan memainkan peranan kecil dalam filem Deadpool 2 sebagai tanda permulaan untuk siri filem X-Force. Deadpool, Cable dan Domino sememangnya adalah anggota X-Force, tetapi kemunculan tiga-tiga karakter baru itu bakal menambah lagi anggota antihero Mutant tersebut sebelum filem mengenai kumpulan tersebut diterbitkan oleh FOX.

Dapatkah korang kenal pasti Shatterstar, Sunspot dan Feral?

Bagaimanapun buat masa ini, Fox belum membuatkan pengumuman rasmi mengenai siapakah pelakon yang akan membawakan karakter tersebut. Apapun, perancangan yang dilakukan studio berkenaan akan menambahkan lagi siri filem-filem Marvel Mutant mereka selepas mereka turut mengumumkan Dark Phoenix dan New Mutant sebagai filem superhero mereka akan datang.

Related posts

Penamat Alternatif ‘John Wick 4’ Telah Dirakam, Tetapi Dibuang Selepas Tayangan Ujian

Kakimuvee

Liv Tyler Akan Kembali Ke MCU Dalam Filem ‘Captain America: New World Order’

Kakimuvee

ZEE5 dan Viu Kini Boleh Diakses di Kedua-dua Astro Ultra dan Ulti Box

Kakimuvee

Box Office: John Wick Lagi Laku Dari Shazam! Fury of the Gods

Kakimuvee

Jonathan Majors Ditahan Kerana Dakwaan Serangan & Keganasan, Keluarkan Kenyataan Nafi Tuduhan

Kakimuvee

Gambar Belakang Tabir ‘Joker 2’ Dedah Pakaian Harley Quinn Lakonan Lady Gaga

Kakimuvee

Leave a Comment