Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Deadpool 2 Review


Terlampau banyak ‘comic reference’ dan ‘movie reference’ sehinggakan saya terfikir adakah karakter Deadpool berada didalam jalurmasa X-Men ataupun tidak. Bagaimanapun ia tidak menghalang untuk mengatakan bahawa Deadpool 2 masih lagi mengekalkan identitinya sebagai sebuah filem adiwira yang penuh dengan keganasan dan gelak ketawa.

Walaupun bertukar pengarah dari Tim Miller kepada David Leitch, hasil kerja kreatif Ryan Reynolds bersama-sama Rhett Reese dan Paul Wernick, filem kali ini tampak lebih mantap dengan aksi-aksi sangat menarik dan memukau. Nyata pemilihan bekas pengarah bersama filem John Wick sebagai sutradara Deadpool 2 nyata tidak sia-sia. David Leitch telah memerah kesemua pengalamannya dalam dunia ‘stuntman’ dan penglibatannya dalam filem-filem aksi untuk hasilkan sebuah filem adiwira yang kita mahukan, iaitu Deadpool. 

Jika filem pertama lebih kepada menceritakan ‘origin’ Deadpool, filem kali ini kita menyaksikan perubahan personaliti yang ada pada Wade Wilson aka Deadpool. Ditetapkan masa selepas dua tahun dari filem pertama, Deadpool 2 menyaksikan misi antihero berkenaan untuk menyelamatkan seorang remaja mutant yang diburu seorang mutant dari masa hadapan iaitu Cable. Dalam masa yang sama, Deadpool juga mengalami tekanan perasaan selepas berlaku kejadian tragis yang berlaku dalam hidupnya. Bergelut dengan tekanan perasaan yang dihadapinya, Deadpool dengan bantuan rakan-rakan X-Force perlu menyelamatkan remaja mutant terbabit dari dibunuh oleh Cable.

Bagi saya, Deadpool 2 bukanlah seperti filem-filem adiwira yang lain seperti The Avengers, Dark Night, X-Men atau sebagainya. Plot filemnya bagi saya agak ‘cacar marba’ manakala skrip pula banyak menuturkan rujukan komik serta filem seperti filem Avengers dan Justice League. Jika hendak dibandingkan dengan filem pertama, saya berpendapat filem pertama lebih tersusun berbanding filem kedua ini. Sebab itu dalam filem kali ini, Wade Wilson banyak menuturkan ayat ‘Well, that’s just lazy writing”, mengambarkan Deadpool 2 tidak menitikberatkan jalan ceritanya.

Bagaimanapun, tempo filem yang agak laju dan diselitkan dengan aksi-aksi menarik serta komedi yang cukup mengelikan hati sudah cukup untuk membuatkan penonton melupakan plot filem yang sangat berserabut itu. David Leitch serta barisan penulis skrip tahu, Deadpool tidak memerlukan jalan cerita yang tersusun dan merumitkan seperti filem-filem adiwira yang lain. Apa yang diperlukan hanyalah ‘merasuah’ mata penonton dengan aksi yang cukup padu serta komedi yang menjadi. Terus-terang saya katakan, saya cukup terhibur dengan aksi-aksi yang banyak ditonjolkan dalam filem ini, malah Deadpool 2 membuatkan saya tidak berhenti ketawa melihat komedi dan mendengar dialog-dialog yang kelakar yang dituturkan oleh Deadpool terutamanya yang melibatkan filem-filem terkenal.


Dari segi perwatakan, Deadpool masih mengelakkan identitinya sebagai seorang antihero yang bermulut ‘becok’, cuma kali ini ia sukar dibendung. Ryan Reynolds memberikan lakonan yang sangat bersahaja dengan dialog-dialog kelakar yang keluar dari mulutnyaprestasinya kekal “A” dimata saya. Manakala prestasi Josh Brolin sebagai Cable dalam filem ini agak ‘kureng’ sedikit berbanding penampilannya sebagai Thanos dalam filem Avengers: Infinity War. ‘Screen time’ beliau sebagai Cable tidak diberikan begitu banyak dalam filem ini, dan karakternya hanya mula menonjol dipenghujung filem. Mungkin kita dapat melihat lebih banyak personaliti dan karakteristik Cable dalam filem X-Force atau Deadpool akan datang. Tetapi yang paling mencuri perhatian saya dalam filem ini adalah watak Domino lakonan Zazie Beetz. Agak tipikal sebenarnya melihat adiwira memiliki kelebihan untuk terbang, boleh mengeluarkan tenaga, kebolehan menyembuh dan sebagainya. Tetapi watak Domino memang sangat unik, dia memiliki kelebihan ‘tuah’ manakala lawannya akan sentiasa bernasib malang. Ia membuatkan saya terfikir adakah Domino merupakan mutant yang paling berkuasa? Apapun, babak-babak yang melibatkan watak Domino terutamanya babak aksi sememangnya sangat menghiburkan. Saya harap watak ini dikekalkan dalam filem-filem Deadpool atau X-Force akan datang.

Walaupun Deadpool 2 padat dengan aksi dan komedi, terdapat bahagian teknikal filem ini yang agak menjengkelkan. Kesan khas atau CGI Deadpool 2 tidak ubah seperti filem-filem Marvel Cinematic Universe, kelakar dan sangat ketara ‘kemurahan’ kesan khasnya. Tetapi babak yang melibatkan kesan fizikal sememangnya sangat padu. Seperti yang saya katakan diperenggan atas, pemilihan David Leitch sebagai pengarah sememang tidak sia-sia kerana pengarah tersebut pasti banyak menitikberatkan kesan-kesan fizikal dalam babak yang melibatkan aksi berlawan. Lagu latar juga boleh dikatakan sedap untuk didengari, populariti lagu 80an yang kerap digunapakai dalam filem masakini turut digunakan Deadpool 2 sebagai lagu latar mereka, cuma mereka ‘improvise’ sedikit dengan menyelitkan masuk musik-musik ‘dubstep’, kelakar sebenarnya kerana Cable tidak sukar mendengar musik Dubstep.

Secara keseluruhannya, Deadpool 2 adalah filem adiwira yang sangat menghiburkan walaupun jalan ceritanya tidak sehebat filem-filem adiwira yang lain. Aksinya begitu memukau, komedinya cukup kelakar dan Deadpool 2 masih memberikan sebuah filem adiwira seperti yang kita mahukan. Oh ya! Jika ada yang berkata filem ini tidak sesuai untuk keluarga, anda sebenarnya silap, Deadpool adalah filem keluarga bak kata Deadpool dipenghujung filem. Tak percaya? tonton filem ini dipawagam

Rating Kakimuvee: 8/10


Related posts

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Creator (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Review Filem: The Equalizer 3 (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

Review Filem: Concrete Utopia (2023)

Kakimuvee