Memilih seorang hero filem aksi bukanlah mudah bagi sesebuah studio produksi. Inilah yang sedang dihadapi oleh Fox yang sedanc mencari sekutu kepada superhero Deadpool, iaitu Cable untuk filem akan datang.
Cable merupakan seorang watak mutant yang kelihatan sedikit berumur, lone ranger dan berkemampuan untuk menghapuskan sekumpulan musuh walaupun terpaksa bertempur bersorangan. Jadi untuk memilih aktor yang sesuai, pihak studio perlu mencari aktor yang boleh menepati ciri-ciri yang ada pada Cable.
Antara ciri-ciri yang diperlukan ialah aktor tersebut mestilah “otai” dalam dunia filem aksi dan banyak berlakon dalam filem-filem yang menampilkan single hero sahaja.
https://www.instagram.com/p/BPXJqj5jr3Z/?taken-by=thehughjackman
Hugh Jackman baru-baru ini memuatnaik gambar bersama Ryan Reynold dan bekas James Bond, Pierce Brosnan dilaman Instagram nya dengan hastag yang berbunyi #wolverinebonddeadpool.
https://www.instagram.com/p/BPXIZyxg23w/
Tak lama kemudian, Ryan Reynold juga memuat naik gambar mereka bertiga di laman Instagram nya dengan caption yang berbunyi ‘Wolverine.Bond.Deadpool’
Adakah gambar tersebut memberi hint Pierce Brosnan bakal membawa watak Cable? Hah! Belum lagi sebenarnya. Mereka belum mengumumkan siapakah aktor yang boleh membawa watak tersebut.
Tetapi Pierce Brosnan adalah aktor yang menepati ciri-ciri pelakon aksi veteren, berkarisma dan single action hero. Pierce merupakan aktor James Bond yang paling sukses buat masa ni. Kehebatannya sebagai James Bond memang tak dinafikan lagi terutamanya dalam filem GoldenEye dan Tomorrow Never Dies.
Hint yang diberikan oleh Ryan Renolds dan Hugh Jackman telah mendorong peminat menghasilkan artwork yang menunjukan Pierce sebagai Cable.

Walaupun belum disahkan oleh pihak studio dan juga tuan punya badan sendiri, peminat mula menyambut baik dengan berita terbaru ini dan berharap, Pierce Brosnan dipilih menjadi Cable dalam filem Deadpool 2. Beliau seorang pelakon aksi yang baik dan dengan faktor umur, peranannya sebagai Cable sangat sesuai kerana watak Cable memang memerlukan aktor yang sedikit berumur.
So apa pendapat peminat Deadpool dan James Bond sekiranya Pierce Brosnan dipilih menjadi Cable dalam sekuel filem Deadpool?