Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool 2 Memulakan Pengambaran Di X-Mansion

Pelakon dan Penerbit filem sekuel Deadpool, Ryan Reynolds telah memuatnaik gambar terbaru di laman Twitter beliau yang menunjukan filem Deadpool 2 sudah pun memulakan penggambarannya secara rasmi.

Gambar yang menunjukkan sedang berbaring sambil berlatarbelakangkan X-Mansion itu menunjukan, akan terdapat babak dalam Deadpool 2 di perkarangan rumah agam yang dimiliki oleh Profesor X.

Filem terbaru Deadpool ini akan diarahkan oleh David Leitch (John Wick) dan ditulis oleh Rhett Reese dan Paul Wernick, manakala Ryan Reynolds pula menjadi penerbit filem ini bersama-sama Simon Kinberg dan Lauren Shuler Donner.

Selain mengekalkan beberapa muka lama seperti Leslie Uggams sebagai Blind Al, Morena Baccarin sebagai Vanessa, Brianna Hildebrand sebagai Negasonic Teenage Warhead, dan Stefan Kapicic sebagai Colossus, Deadpool 2 turut memperkenalkan beberapa watak baru seperti  Zazie Beetz sebagai Domino, Josh Brolin sebagai Cable dan beberapa watak yang belum disahkan seperti Black Tom Cassidy serta watak misteri yang akan dilakonkan oleh pelakon Jepun, Shioli Kutsuna

Deadpool 2 bakal menemui penonton pada 1 Jun 2018.

Josh Brolin sebagai Cable, Domino & The Golden Girls

Related posts

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Akan Dilancarkan Di Malaysia 1 Jun Ini!

Kakimuvee

[VIDEO] “Black Panther 2” & “Captain Marvel 2” Dapat Tajuk Rasmi, Rakaman Pertama “Eternals” Telah Didedahkan

Kakimuvee