Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool 2 dan X-Men Dark Phoenix Telah Selesai Penggambaran


Dua filem superhero Marvel keluaran FOX Studio telah pun selesai pengambaran mereka semalam. Filem yang dimaksudkan adalah Deadpool 2 dan juga filem X-Men yang berjudul Dark Phoenix. Kedua-dua filem ini bakal ditayangkan pada tahun 2018 dan kini dalam proses post-processing sebelum ia siap sepenuhnya.

Deadpool 2 yang ditulis diarahkan oleh David Leitch dan ditulis oleh Rhett Reese serta dibintangi oleh Ryan Reynolds, Josh Brolin, Zazie Beetz, Morena Baccarin, T.J. Miller, Leslie Uggams, Brianna Hildebrand, Stefan Kapičić, Karan Soni, Jack Kesy, Shioli Kutsuna, Julian Dennison, dan Eddie Marsan akan memulakan tayanganya pada 1 Jun 2018.

X-Men: Dark Phoenix pula diarahkan oleh Simon Kinberg dan dibintangi oleh muka-muka lama seperti  James McAvoy, Michael Fassbender, Jennifer Lawrence, Nicholas Hoult, Tye Sheridan, Sophie Turner, Alexandra Shipp, Kodi Smit-McPhee, Evan Peters, dan Jessica Chastain. Filem ini akan ditayangkan pada 2 November 2018.

That’s a wrap. #darkphoenix #xmenmovies 11.2.18

A post shared by Simon Kinberg (@simondavidkinberg) on

So, tak sabar menonton kedua-dua filem Superhero mutant ini? kami pun sama :). Apapun kita nantikan trailer dari kedua-dua filem ini terlebih dahulu yer.


Related posts

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee