Deadpool, anti-hero bermulut becok dan gila ini telah mencetuskan kejayaan besar pada tahun 2016 apabila filemnya menjadi hit diseluruh dunia. Walaupun filem ini diberi rating R, ia tidak menjadi penghalang untuk mencapai box office dan mendapat rating tertinggi dikalangan peminat filem superhero. Malah ramai peminat berpendapat, Deadpool filem superhero versi Fox yang paling berjaya jika dibandingkan dengan filem-filem X-Men
Disebabkan kejayaan tersebut, Fox tidak teragak-agak untuk merancang sekuel filem ini, tambahan pulak Wade Wilson aka Deadpool secara berseloroh di babak post-kredit filem ingin memperkenalkan satu lagi karakter Mutant dalam filemnya.
So, excited dengan perancangan sekuel filem ini dan tak sabar nak tengok? nanti dulu, Deadpool belum lagi membuat pengambarannya, dan dijangka filem lakonan Ryan Reynolds ini ditayangkan sekitar tahun 2018, kemungkinan besar bulan Jun. Ok, kami share sikit details mengenai filemĀ Deadpool 2Ā ini.
Bila Mula Pengambaran filemĀ Deadpool 2?
Pengambaran filem ini dijangka akan bermula pada Jun 2017, tetapi pengambaran mungkin dilakukan tanpa pengarah Tim Miller yang dikatakan menarik diri dari terlibat dalam pengambaran sekuel filem ini. Sebabnya? Katanya Tim dan Ryan Reynolds tak sebulu dalam projek keduaĀ filem ini, terutamanya bab karakter Cable yang akan muncul dalam sekuel kali ini.
Tapi! diorang dapat pengganti yang lagi gempak, David Leitch, pengarah filemĀ 300, V for VandetaĀ danĀ Fight ClubĀ telah mengambil alih kerusi pengarah filem ini. More action to see! dalam filem ini.
Ryan Reynolds sedang cuba sekali lagi memancing Hugh JackmanĀ untuk terlibat dalam sekuel Deadpool 2.
Semasa filem pertama, terdapat khabar angin yang mengatakan Wolverine aka Logan akan muncul sebagai watak cameo, tetapi hanya kertas bersaiz A4 dengan wajah Hugh Jackman sahaja yang terpampang dalam skrin. Mungkinkah kali ini Reynolds akan cuba memancingĀ “Wolverine” buat kali kedua?
Oh yer, Hugh Jackman adalah aktor yang paling dikagumi oleh Ryan Reynold, malah pernah menyuarakan pendapat agar Hugh Jackman menarik balik hasratnya untuk bersara dari memegang watak Wolverine.
Deadpool 2 trailer dan plot?
Buat masa ini tiada trailer untuk filem Deadpool 2, yang ada hanyalah fan made, so jangalah cari di youtube sehingga mereka selesai pengambaran nanti. Dah selesai, tunggulah trailernya nanti.
Plot? masih lagi tidak diketahui memandangkan skrip dan jalan cerita masih dalam proses pembikinan. Khabar angin mengatakan, filemĀ Deadpool 2Ā pakai memperkenalkan X-Force, kumpulan antihero yang diasaskan oleh Wade Wilson dan rakan-rakannya. Cable? mungkin terlibat sekali, Deadpool dah janjikan nak bawak Cable dalam filem keduanya. lagipun, kalau nak tubuhkan X-Force, kena ada Cable sebab dia ketua kumpulan anti-hero ini.
Oh ye,Ā DeadpoolĀ still rated – R, ganas, kejam, brutal dan… korang sambung sendiri.
Aktor yang terlibat dalam projek terbaru?
Pelakon asal dikhabar akan kembali lagi dalam filem ini, cuma sekarang merekaĀ masih mencari dan dalam proses casting pelakon untuk dua watak penting yang akan muncul dalam sekuel ini; iaitu Cable dan Domino. Pelakon asal mungkin akan kembali cuma belum disahkan secara rasmi, btw Ryan Reynolds tu confirm ada.
- Ryan Reynolds (Wade Wilson / Deadpool)
- Morena Baccarin (Vanessa)
- T.J. Miller (Weasel)
- Leslie Uggams (Blind Al)
- Brianna Hildebrand (Negasonic Teenage Warhead)
- Stefan KapiÄiÄ (the voice of Colossus)
Deadpool 2 Rumors
Seperti yang diberitahu diatas tadi,Ā Deadpool 2 kemungkinan akan memperkenalkan team anti-hero X-Force dan juga dua watak utama yang lain iaitu Cable dan Domino. Selain itu juga, terdapat rumours yang mengatakan girlfriendĀ Wade Wilson, Vanessa turut sama menyertai team X-Force.
Nak tahu lebih details pasal Vanessa? teman wanita Wade Wilson tu sebenarnya mutant yang dikenali sebagai Copy Cat, tapi tu dalam komiklah, mungkin dalamĀ Deadpool 2,Ā Vanessa akan dedahkan dirinya?
Dah satu lagi rumours yang tersebar dilaman internet ialah kemunculan Quicksilver – atau maybe rumors ni terlebih kuah barangkali. Apapun, kita tumpukan dulu siapakah karakter yang bakal membawa watak Cable, mungkin villian dariĀ siriĀ The Walking Dead, Jeffrey Dean Morgan?
Tarikh TayanganĀ Deadpool 2?
Setakat ini tiada pengumuman rasmi mengenai tarikh tayangan filem ini, tapi dua tarikh ini dijangka merupakan tarikh tayangĀ Deadpool 2 iaitu 29 Jun 2018 ataupun Mac 2018.
Agak-agakĀ Deadpool 2Ā ini lagi gempak tak dari filem pertama?