Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Deadpool 2 Ambil Shioli Kutsuna Untuk Bawa Watak Utama

Deadpool 2 bakal menambah seorang lagi aktres dalam barisan pelakonnya apabila dikatakan akan mengambil seorang pelakon Jepun, Shioli Kutsuna untuk membawakan salah satu watak penting dalam filem sekuel hero Marvel itu.

Sebelum ini, Fox telah membawa masuk pelakon Zazie Beetz untuk membawakan watak Domino dan Jack Kesy untuk membawakan watak villain yang masih menjadi rahsia (mungkin Black Tom). Selain itu juga, beberapa watak X-Force juga dilaporkan akan dibawa masuk untuk menyertai Deadpool lakonan Ryan Reynolds dan Cable lakonan Josh Brolin dalam filem Deadpool 2.

Shioli Kutsuna aktif berlakon dalam filem-filem indie dan juga produksi di Jepun. Kemungkinan besar dia akan bawakan watak Elizabeth ‘Betsy’ Braddock atau juga dikenali sebagai Psylocke, mutant yang memilik abiliti psionic dan telepathic yang sangat berkuasa.

Cuma, jika benar pelakon tersebut akan membawa watak tersebut, ia akan menimbulkan sedikit keraguan kerana watak tersebut pernah dibawa oleh Olivia Mun dalam filem X-Men: Apocalypse.

Shioli Kutsuna

Apapun kita tunggu pengesahan dari studio berkenaan tentang watak yang bakal dibawa oleh Shioli Kutsuna. Cuma, perkembangan terbaru ini menunjukkan filem Deadpool 2 bakal membariskan lebih banyak karakter-karakter X-Men dalam filem mereka berbanding filem terdahulu.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment