Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

DC Universe Batalkan Siri “Swamp Thing”

Baru dua episod bersiaran pada musim pertama, DC Universe dilaporkan telah membatalkan siri superhero Swamp Thing. 

Menurut laporan dari laman Bloody Disgusting, pembatalan siri tersebut disebabkan kehilangan sokongan dari eksekutif WarnerMedia/AT&T. Pembatalan Swamp Thing disebabkan para eksekutif tidak bersetuju dengan hala tuju siri tersebut dan ianya tidak kena mengena dengan masalah budget mahupun prestasinya di platform streaming DC Universe.

Selain itu juga, terdapat sumber yang mengatakan, masalah idea kreatif dikalangan mereka yang terlibat menjadi punca pembatalan siri Swamp Thing. Ada yang mahu siri ini lebih kepada genre seram dan ada juga yang mahu sebaliknya.

Episod pembukaan musim pertama Swamp Thing menerima maklumbalas positif dari para pengkritik profesional serta para penonton terutamanya yang gemarkan siri DC dan peminat genre seram. Bagaimanapun, tindakan para eksekutif DC Universe mungkin akan menyebabkan kerugian kepada mereka sekiranya peminat membatalkan langganan platform streaming DC Universe.

Musim pertama Swamp Thing akan bersiaran seperti biasa dan sambungan kini terletak ditangan DC Universe sama ada mahu ditarik pembatalannya ataupun tidak.

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

Leave a Comment