Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer Siri TV

DC Telah Lancarkan Trailer Penuh Titans Musim Kedua

DC telah melancarkan trailer penuh rancangan Titans musim kedua. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Titans mengisahkan sekumpulan adiwira muda dari DC Universe yang terdiri daripada Dick Grayson dan Rachel Roth. Mereka berdua turut disertai beberapa adiwira lain seperti Starfire dan Beast. Bersama-sama, mereka menjadi sebuah keluarga dan membentuk kumpulan adiwira.





Brenton Thwaites memainkan peranan utama sebagai Dick Grayson/Robin, Teagan Croft sebagai Raven, Anna Diop sebagai Koriand’r/Starfire, Alan Ritchson dan Minka Kelly sebagai Hawk dan Dove, manakala Bruno Bichir sebagai Dr. Niles Caulder, dan Lindsey Gort sebagai Police Detective Amy Rohrbach.

Musim kedua juga bakal menampilkan pelakon-pelakon baru seperti Joshua Orpin sebagai Conner Kent/Superboy, Esai Morales sebagai Deathstroke, Chella Man sebagai anak Deathstroke, Jericho Wilson, Chelsea T. Zhang sebagai anak perempuan Deathstroke, Rose Wilson (aka The Ravager), Iain Glen sebagai Bruce Wayne, Natlie Gumede sebagai Mercy Graves dan Drew Van Acker sebagai Aqualad.

Siri televisyen Titans boleh didapati diplatform penstriman video DC Universe mulai 6 September ini.




Related posts

Aksi Padat Mengejar $5 Billion Dalam Trailer Terakhir “Uncharted”

Kakimuvee

[VIDEO] Kehangatan Cinta Seohyun & Lee Jun Young Dalam Trailer Terbaru “Love and Leashes”

Kakimuvee

Graviti Tidak Boleh Menghalang Mereka Dalam Trailer “Space Force” Musim Kedua

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee
Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman