Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Shazam! Fury of the Gods telah memberi perkembangan terkini di acara maya DC FanDome, dan antara hadiah yang diberikan kepada peminat adalah sebuah video yang mempamerkan penjahat terbaru yang bakal ditentang adiwira Shazam! Anda boleh saksikan video Shazam! Fury of the Gods dibawah.

Shazam! Fury of the Gods akan menampilkan kepulangan semula Asher Angel dan Zachary Levi sebagai watak utama Billy Batson / Shazam!. Menyertai mereka adalah barisan pelakon filem pertama termasuklah Jack Dylan Grazer dan Adam Brody sebagai Freddy; Faithe Herman dan Meagan Good sebagai Darla; Ian Chen dan Ross Bulter sebagai Eugene; Grace Fulton sebagai Mary; Jovan Arman dan D.J. Cotrona sebagai Pedro; Marta Milans, dan Cooper Andrews.

Setelah mengalahkan Sivana dan Seven Deadly Sins dalam filem pertama tahun 2019, sekuel akan datang menyaksikan Keluarga Shazam menghadapi ancaman yang jauh lebih berbahaya, dengan perkenalan anak perempuan Atlas, Hespera, dan Kalypso, yang akan dilakonkan oleh pemenang Oscar Helen Mirren dan pelakon Kill Bill, Lucy Liu. Bintang West Side Story, Rachel Zeigler juga telah diberikan peranan penting, namun wataknya masih belum didedahkan kepada umum.

Shazam! Fury of the Gods sekali lagi diarahkan oleh David F. Sandberg (Annabelle: Creation) berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Henry Gayden. Peter Safran berkhidmat sebagai penerbit. Filem sekuel ini dijadualkan tayangan pada 2 Jun 2023.

Related posts

Trailer Rasmi “Blank Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Sony Akan Terbitkan Filem Baharu “Tarzan”

Kakimuvee

Tonton Trailer “Attack On Titan” Terbitan Studio The Asylum

Kakimuvee

Nad Zainal Tercalon Dalam Kategori Pelakon Wanita Terbaik Asian Academy Creative Awards (AACA) 2022.

Kakimuvee

Leave a Comment