
Semasa acara DC FanDome yang berlangsung awal pagi tadi, video rasmi pertama Aquaman and the Lost Kingdom telah dipersembahkan kepada penonton, memberikan gambaran mengenai apa yang diharapankan peminat. Anda boleh video tersebut dibawah, yang menawarkan rakaman belakang tabir, termasuk pandangan pertama Black Manta.
Tenemos estas primeras imágenes de Mateen II #YahyaAbdulMateenII como #BlackManta en Aquaman and the Lost Kingdom, obvio, directo de #DCFanDome.#Aquaman pic.twitter.com/AMrVw2RNpT
— Un gato en el cine (@UnGatoEnElCine) October 16, 2021
James Wan sebelum ini mengatakan bahawa sekuel yang akan datang bakal menampilkan kisah yang lebih serius dan relevan serta beberapa elemen seram.
Aquaman and The Lost Kingdom dibintangi Jason Momoa sebagai watak utama Arthur Curry / Aquaman, Amber Heard, Yahya Abdul-Mateen II, Patrick Wilson, Randall Park, Dolph Lundgren, Temuera Morrison dan Pilou Asbæk. James Wakembali sebagai pengarah, manakala lakon layar akan ditulis oleh duo dari filem pertama, David Leslie dan Johnson-McGoldrick.
Filem terbaru ini telah ditetapkan tarikh tayangan pada 16 Disember 2022.