Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Masa untuk mengagumi Robert Pattinson!

Semasa acara maya DC FanDome, Warner Bros. telah melancarkan trailer kedua filem yang sangat dinantikan, The Batman, yang menawarkan sisi baru Caped Crusader lakonan Robert Pattinson, yang memainkan peranan utama dalam filem ini. Anda boleh tonton trailer terbaru The Batman dibawah.


The Batman ditetapkan dalam dunianya sendiri dan tidak terikat dengan dunia DCEU. Filem ini memberi fokus pada tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membongkar sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikaitkan. 

Filem terbaru Warner Bros. DC ini dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Warner Bros. menetapkan tarikh tayangan The Batman pada 4 Mac 2022.

Related posts

Netflix Dedah Trailer Rasmi “Kung Fu Panda: The Dragon Knight”

Kakimuvee

Avatar 2 Sahkan Peranan Baharu Sigourney Weaver

Kakimuvee

Menangi Percutian Ke Korea Bersama Pelakon Viu Original “She Was Pretty” dan Blimey!

Kakimuvee

Disney Tunda Tarikh Tayangan “Thor: Love and Thunder” Di Malaysia

Kakimuvee

[TRAILER] Kisah Misteri Makhluk Jerangkung Menghuni Sebuah Almari Lama Dalam Filem Terbaru Lakonan Dato’ Adi Putra

Kakimuvee

Penggambaran Siri Aksi Langsung Netflix “Avatar: The Last Airbender” Telah Selesai

Kakimuvee

Leave a Comment