Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

DC FanDome: Tonton Teaser Pertama ‘THE BATMAN’ Serta Gambar Terbaru Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Akhirnya, teaser pertama The Batman telah pun dilancarkan!

Semasa sesi panel di DC FanDome, Matt Reeves telah kongsikan teaser pertama filem yang dinantikan, The Batman serta gambar terbaru Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne. Anda boleh saksikan teaser dan gambar tersebut dibawah.

Dalam sesi panel The Batman, Reeves turut mendedahkan beberapa butiran lanjut mengenai filem terbarunya itu antaranya, The Batman tidak berkaitan dengan DCEU dan ianya berada dalam dunianya sendiri. Selain itu juga, filem ini akan menceritakan tahun kedua Bruce Wayne sebagai Batman yang mana ia akan mengikuti beberapa siri pembunuhan yang membuka sejarah rasuah di bandar Gotham dan bagaimana keluarga Bruce dikatikan.  

The Batman dibarisi pelakon seperti Robert Pattinson yang memainkan peranan utama sebagai sebagai Bruce Wayne / Batman. Dia akan turut disertai Zoe Kravitz sebagai Selina Klye / Catwoman, Paul Dano sebagai The Riddler, Andy Serkis sebagai Alfred Pennyworth, John Turturro sebagai Carmine Falcone dan bintang Westworld, Jeffrey Wright sebagai Commissioner Gordon dan Collin Farrell sebagai Oswald Cobblepot, aka The Penguin. Peter Sarsgaard dan Jayme Lawson turut membintangi filem ini, sebagai Gotham D.A. Gil Colson dan Bella Reál.

Filem terbaru DC/Warner Bros. ini akan menemui penonton pada 1 Oktober 2021.

Related posts

Donnie Yen Kembali Beraksi Dalam Filem “Raging Fire”

MyK

Siri Anime Netflix “The Way of the Househusband” Akan Disiarkan April Ini

Kakimuvee

Melissa McCarthy & Octavia Spencer Beraksi Dan Berkomedi Dalam Trailer “Thunder Force”

Kakimuvee

Tonton Trailer Rasmi “Projek: Anchor SPM”

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

[TRAILER] Siri Terbaru Netflix “Shadow and Bone” Akan Ditayangkan April Ini.

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman