
Semasa sesi panel Shazam! di DC FanDome, Zachary Levi dan para pelakon lain bergurau tentang bagaimana mereka tidak dapat berkongsi apa-apa butiran lanjut mengenai sekuel akan datang.
Bagaimanapun, pengarah David F. Sandberg dedahkan sedikit perkembangan terbaru dengan mengumumkan tajuk Shazam! 2 iaitu Shazam! Fury of the Gods.
We have a title! #Shazam! Fury of the Gods
— David F. Sandberg (@ponysmasher) August 22, 2020
What gods? Why are they upset? Yes! pic.twitter.com/QPGJwjghUx
Dalam laporan sebelum ini, penulis lakonlayar Henry Gayden telah menandatangani kontrok untuk kembali membuat sekuel dan bekerjasama dengan pengarah David F. Sandberg (Annabelle: Creation). Zachary Levi serta pelakon lain seperti Jack Dylan Grazer, Marta Milans , Asher Angel, Meagan Good, Faithe Herman, dan Adam Brody turut kembali memainkan peranan masing-masing.
Dalam filem pertama, kita semua mempunyai superhero di dalam diri kita, cuma hanya memerlukan sedikit magis untuk membawanya keluar. Dalam kes Billy Batson, dengan menjerit satu perkataan – SHAZAM! – kanak-kanak berusia 14 tahun itu dapat berubah menjadi Pahlawan Super Shazam yang dewasa, terima kasi kepada seorang penyihir kuno. Masih berjiwa kanak-kanak – di dalam tubuh yang gagak persis dewa – Shazam menikmati versi dewasa ini dengan melakukan apa yang akan dilakukan oleh mana-mana remaja dengan kuasa super: Bolehkah dia terbang? Adakah dia mempunyai penglihatan sinar-X? Bolehkah dia menembak kilat dari tangannya? Bolehkah dia melangkau ujian pengajian sosialnya? Shazam berusaha untuk menguji kemampuannya dengan sifat lalai seorang kanak-kanak. Tetapi dia harus menguasai kekuatan ini dengan cepat untuk melawan kuasa jahat yang dikendalikan oleh Dr. Thaddeus Sivana.
Shazam! Fury of the Gods akan ditayangkan dipawagam pada 4 November 2022