Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Filem The Flash masih lagi dalam penggambaran, tetapi demi acara DC FanDome, Warner Bros. telah mendedahkan trailer pertama filem solo berkenaan. 

Dalam trailer, yang anda boleh lihat dibawah, menggoda plot dari komik Flashpoint yang dijadikan ilham oleh pengarah Andy Muschietti. Selain itu juga, penonton akan melihat dari lebih dari satu watak Flash, kedua-duanya dilakonkan oleh Ezra Miller, serta memaparkan sekilas watak Batman, yang berkemungkinan besar adalah Batman versi Michael Keaton serta pandangan pertama Sasha Calle sebagai Supergirl. Anda boleh saksikan trailer pertama The Flash dibawah:

The Flash menampilkan Ezra Miller yang kembali meneruskan peranannya sebagai Barry Allen/ The Flash. Watak Speedster itu pertama kali muncul dalam DCEU menerusi filem Batman v Superman: Dawn of Justice, Justice League dan Zack Snyder’s Justice League. Miller juga membuat penampilan cameo dalam siri crossover The CW, Crisis on Infinite Earths. 

Perincian lebih lanjut mengenai plot filem ini masih belum didedahkan, tetapi dikhabarkan filem terbaru itu akan berdasarkan komik ‘Flashpoint’ karya Geoff Johns dan Andy Kubert. Peminat mula berspekulasi bahawa Warner Bros. dan DC Films mungkin akan menggunakan plot komik tersebut itu membetulkan kontinuiti francais DCEU. 

Menyertai Miller adalah Kiersey Clemons sebagai Iris West, Maribel Verdú sebagai Nora Allen, Sasha Calle sebagai Supergirl, dan Ron Livingston sebagai Henry Allen. Telah disahkan bahawa Michael Keaton dan Ben Affleck akan kembali meneruskan peranan mereka sebagai Batman dalam filem akan datang. 

The Flash dijadualkan tayangan pada 4 November 2022.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Leave a Comment