Berita

DC FanDome: James Wan Beri Jaminan AQUAMAN 2 Lebih Serius & Relevan

Views

Aquaman 2 masih belum memulakan produksi, dan sesi panel mereka di DC FanDome tidak mendedahkan apa-apa yang menarik. 

Walaupun banyak membincangkan tentang filem pertama, pengarah James Wan dan pelakon Patrick Wilson tetap memberi beberapa butiran mengenai sekuel yang dinantikan peminat. Antara yang paling penting yang dinyatakan Wan adalah sekuel akan datang akan menjadi lebih serius dan lebih relevan dengan dunia kita.

"Sekuel akan datang menjadi lebih serius dan lebih relevan dengan dunia yang kita jalani sekarang" Jelas Wan semasa di sesi panel Aquaman 2.

Ketika Wan bertanya kepada Wilson tentang apa yang dia nantikan, pelakon itu menjawab dia ingin melihat lebih banyak dunia. Wan memberi jaminan bahawa akan ada banyak tempat unik dan baru untuk diterokai setelah sekuelnya dijalankan.

Aquaman menjadi kejayaan terbesar buat DC Films, yang memiliki sejarah goyah di pentas box office, kecuali filem Wonder Woman arahan Patty Jenkins. Filem ini berjaya memperolehi $1.1 billion dolar seluruh dunia, dan menjadi filem paling laris untuk Warner Bros. 

Filem pertama ini mendedahkan kisah asal Arthur Curry (Jason Momoa) dan penggembaraannya dalam mencari sejarah silam serta menentukan siapakah yang layak menjadi raja Atlantis. 

 Aquaman turut dibintangi Amber Heard, sebagai Mera, pahlawan hebat dan sekutu Aquaman; Willem Dafoe sebagai Vulko, Patrick Wilson sebagai Orm/Ocean Master, Dolph Lundgren sebagai Nereus, Yahya Abdul-Mateen II sebagai Black Manta dan Nicole Kidman sebagai ibu Arthur, Atlanna. 

Sekuel ini akan ditayangkan dipawagam pada 16 Disember 2022.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares