
Dwayne Johnson tidak ketinggalan untuk meningkatkan lagi keterujaan peminat terhadap filem-filem DC. Semasa di acara maya DC FanDome, pelakon tersebut telah mendedahkan pandangan pertama kostum Black Adam sambil memberi amaran bahawa “hierarki kuasa di DC Universe akan berubah”.
The hierarchy of power in the DC UNIVERSE is about to change.
— Dwayne Johnson (@TheRock) August 22, 2020
BLACK ADAM arrives TOMORROW at #DCFanDome.
He’s coming to crush them all. #ManInBlack #BLACKADAM pic.twitter.com/2jiHT62jED
Johnson tidak bergurau dengan kenyataannya. Kekuatan dan abilit Black Adam sama hebat dengan Superman dan Shazam, dan adiwira tersebut akan mengalami masalah untuk menghalang Black Adam.
Sementara itu, dalam acara yang sama, panelis Black Adam telah mendedahkan logo pertama serta lakaran konsep untuk filem akan datang. Anda boleh saksikannya dibawah.
https://www.instagram.com/p/CEOCFduFu2f/?igshid=1oxacwk2h6hs
Black Adam ada pahlawan untuk Shazam, ribuan tahun sebelum Billy Batson. Bagaimanapun, dia terpesong dan dihalau selama ribuan tahun. Dalam komik, Black Adam diperkenalkan sebagai penjahat, tetapi lama-kelamaan, dia menjadi antihero yang mudah bersimpati. Black Adam akan berentap dengan Billy Batson / Shazam di layar perak tidak lama lagi, tetapi, buat sementara waktu, dia cuba mencuri tumpuan dari peminat.
Berdasarkan dari karakter komik DC ciptaan Otto Binder dan C.C. Beck, Black Adam diarahkan oleh Jaume Collet-Serra dengan Johnson akan memainkan peranan utama sebagai anti-hero yang digelar Black Adam. Filem ini merupakan kolaborasi kedua diantara Collet-Serra dan Johnson dimana mereka sebelum bekerjamsa dalam filem terbitan Disney berjudul Jungle Cruise.
Black Adam akan menemui penonton pada 22 Disember 2021.