Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

DC FanDome: Andy Muschietti Dedahkan Sut Terbaru THE FLASH Yang Dicipta Bruce Wayne


Tidak banyak didedahkan semasa sesi panel The Flash di acara DC FanDome. Pengarah Andy Muchietti hadir di sesi panel tersebut bersama-sama penerbit Barbara Muschietti, penulis skrip Christina Hodson dan pelakon Ezra Miller.

Namun begitu, panelis membincangkan serba sedikit mengenai tema The Flash yang akan melibatkan elemen penggembaraan masa, serta pendedahan sut terbaru The Flash yang dihasilkan oleh Bruce Wayne. 

Ketika perbincangan mengenai elemen penggembaraan masa, Hudson menjelaskan kemampuan Flash yang membolehkannya berdiri sendiri di dunia DC.

“Batman kehilangan ibu bapanya, Superman kehilangan planetnya, Harley Quinn kehilangan sandwic telurnya, tetapi Barry, kerana dia memiliki kemampuan ini untuk kembali dan memanipulasi masa, dia adalah satu-satunya yang benar-benar dapat pergi dan mengubah kisah peribadinya.”

Muschitti turut menambah “Ibunya dibunuh, ayahnya di penjara, sepanjang perjalanan, dia adalah lelaki yang berusia untuk memperbaikinya.. skripnya benar-benar menangkap kepincangannya, keperibadiannya … dia adalah seseorang yang mempunyai kekuatan mengubah peristiwa masa lalu, tetapi dengan melakukannya, dapat merosakkan struktur kontinum ruang-waktu. “


Penggambaran The Flash masih belum bermula, tetapi Muschietti telah mendedahkan dua lakaran konsep untuk filem tersebut, yanng mana ia memaparkan Flash dan Batman lakonan Micahel Keaton bertarung bersama-sama, serta pandangan jelas sut terbaru The Flash. 

Filem akan datang akan menyaksikan Keaton kembali meneruskan peranannya sebagai Batman. Turut menyertai Keaton adalah Ben Affleck, yang baru-baru disahkan kembali sebagai Cape Crusaider.  Andy mendedahkan, kedua-dua watak Batman itu akan memainkan peranan penting – yang main ia akan memperincikan naratif mengenai penggembaran masa. 

The Flash akan menemui penonton pada 3 Jun 2022.


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Dune: Part Two Menjadi Filem Arahan Denis Villeneuve Paling Panjang

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

Todd Phillips Kongsikan Gambar Terbaru Joker 2 Yang Menampilkan Joaquin Phoenix

Kakimuvee

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee