Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

DC Akan Meneroka Lebih Banyak Filem ‘Multiverse’

Semasa di acara DC FanDome, bos filem DC, Walter Hamada mendedahkan bahawa pihak studio kini secara aktif meneroka lebih banyak filem-filem ‘multiverse’. 

Ini berdasarkan pendedahan Matt Reeves yang mengatakan The Batman adalah filem ‘standalone’ dan tidak berkaitan dengan filem-filem DCEU. Malah Hamada turut mendedahkan bahawa filem animasi Superman: Red Son bukanlah sebahagian dari ‘multiverse’, kerana idea animasi tersebut bukan datang dari mereka. 

“Matt Reeves boleh teruskan pembangunan dunia ‘Gotham’nya” Kata Hamada.

“Itu adalah pekara-pekara yang dapat kita lakukan. kita tidak perlu bimbang hal itu akan mempengaruhi ‘Aquaman 2’ atau ‘The Flash’, kerana semuanya hanyalah sebahagian daripada multiverse… yang mana terdapat satu dunia menyaksikan permulaan Justice League, dan satu lagi dunia yang menyaksikan perkembangan tahun kedua Batman.”

Hamada turut mengesahkan bahawa kita boleh menjangkakan lebih banyak filem DC Elseworlds seperti Joker arahan Todd Phillips. Keputusan yang didedahkan Hamada ini pastinya mengembirakan ramai peminat komik DC memandangkan DC terkenal dengan dunia multiverse. 

Jadi tidak mengejutkan jika Affleck meneruskan peranannya sebagai Batman, sedangkan Robert Pattinson menjadi Batman terbaru, dan peminat tidak perlu pening dengan watak-watak komik yang dimainkan lebih dari satu pelakon, kerana setiap filem-filem DC mempunyai dunianya sendiri.

 

Related posts

Amber Heard Tidak Dipecat Dari Peranannya Sebagai Mera Dalam “Aquaman 2”

Zulaikha

“Nomadland” & “Borat Subsequent Moviefilm” Ketuai Senarai Pemenang Golden Globes 2021

Isqandar

Warner Bros. Reboot Filem Superman, J.J. Abrams Jadi Penerbit

Kakimuvee

Barisan Pelakon & Trailer Filem Animasi Terbaru Disney / Pixar “Luca”

Kakimuvee

Tonton Klip Pembukaan “Zack Snyder’s Justice League” Yang Penuh Dengan ‘Easter Egg’

Kakimuvee

The Division: Rawson Marshall Thurber Ambil Alih Kerusi Pengarahan

Kakimuvee

Leave a Comment

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman