Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dayana Roza Teruja Berlakon Dalam Filem Minah Motor

Dayana Roza

Dayana Roza teruja apabila sekali lagi diberi peluang oleh pengarah Ahmad Idham untuk membintangi filem terbarunya berjudul “Minah Motor”.

Menurut Dayana atau nama sebenarnya Nur Dayana Kamsun Baharin, dia tidak menyangka aksi sebabak dalam filem “Mat Moto Otai” telah membuka peluang kedua bersama pengarah tersohor itu.

Bercerita lanjut mengenai wataknya sebagai minah motor dalam filem tersebut, dia membuat carian dan rujukan di Internet mengenai cara merempit dan juga pemerhatian di jalanan.

“Saya sudah menonton beberapa cerita mengenai dunia motorsikal dan rempit. Saya perlu membiasakan gaya dan pembawaan diri mereka yang menggelarkan diri sebagai Minat Motor.”

“Ketika berlakon dalam “Mat Moto Otai”, saya dapat memerhatikan karakter seorang Minah Motor yang turut diundang berlakon,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, pelakon “Girlfriend Kontrak” ini berkata sepanjang penggambaran yang berlangsung sejak 23 November lalu dia tidak berdepan sebarang masalah.

Ini kerana Dayana berkata dalam filem tersebut ia menuntutnya untuk membawa motorsikal dan ia bukan satu masalah buat dirinya kerana dia sememangnya sudah mahir.

Sementara itu, Dayana turut memberitahu ia bukan sekadar filem minah motor sahaja, tetapi turut menyelitkan pengajaran selain suntikan elemen komedi untuk hiburan penonton.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment