Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

David Leitch Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem Remake Enter The Dragon

Pengarah filem Atomic Blonde dan Deadpool 2, David Leitch dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk mengarahkan sebuah filem remake Enter The Dragon lakonan legenda seni mempertahankan diri Bruce Lee.

Filem klasik Enter The Dragon adalah filem terakhir Bruce Lee sebelum beliau meninggal dunia pada 1973. Ianya dianggap sebagai sebuah filem seni mempertahankan diri terbaik yang pernah dihasilkan sehinggakan badan Library of Congress Amerika Syarikat meletakkan filem ini dalam Pendaftaran Filem Nasional mereka pada tahun 2004.

Enter the Dragon mengisahkan tentang seorang ahli mempertahankan diri Shaolin, Lee yang menyertai kejohanan Karate di sebuah pulau milik ketua penjenayah bernama Han. Individu tersebut dipercayai menggunakan kejohanan Karate itu untuk aktiviti penyeludupan dadah dan pelacuran.

Pengarah David Leitch kini sedang sibuk dengan projek terbarunya iaitu Hobbs & Shaw, spin off filem Fast and Furious yang dijangka akan memulakan penggambarannya September ini. Beliau juga dilaporkan akan terlibat dengan pembikinan filem aksi adaptasi dari permainan video,Tom Clancy’s The Division. 

Sumber: Cominsoon.net

Related posts

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Hari Disney+ Hotstar Bakal Disambut pada 12 November Dengan Kandungan Baharu, Pengalaman Khas Untuk Peminat, Dan Lebih Lagi

Kakimuvee

Tv Spot Eternals Dedah Deviants Telah Berevolusi

Kakimuvee

Filem The Trench Yang Dibatalkan WB Adalah Filem Rahsia Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment