Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

David Harbour Dedahkan Tiada Perancangan Untuk Hasilkan Sekuel Hellboy

Selepas dikritik teruk oleh peminat dan para pengkritik filem, filem reboot Hellboy jatuh bertimpa-timpa apabila turut gagal untuk memberi pulangan box office sama ada di pasaran domestik Amerika Syarikat dan juga antarabangsa.

Kegagalan itu telah menyebabkan perancangan filem sekuel Hellboy kini menjadi tanda tanya sama ada ia tetap diteruskan oleh pihak studio ataupun dibiarkan berkubur begitu sahaja.

Dalam perkembangan terbaru filem arahan Neil Marshall itu, pelakon utamanya David Harbour mendedahkan tiada perancangan terkini untuk menghasilkan filem sekuel.

Ketika bercakap dengan laman Comicbook.com, pelakon tersebut turut memberitahu terdapat peminat gembira dengan filem terbaru Hellboy itu dan mahu beliau kembali ke layar perak membawakan watak tersebut.

“There’s a lot of people who reach out to me who really loved it and really enjoyed the new take, and were just happy to see him back on the screen, but I know in the culture at large, I don’t think it was very well received,”

Dengan kos pembikinan mencecah $50 juta dolar dan kutipannya hanya sekitar $46 juta dolar seluruh dunia, ia sudah cukup untuk membuatkan studio Lionsgate berhenti menghasilkan sekuel filem tersebut apabila melihat masa depan francais itu kelam.

“I don’t think it made a lot of money. I don’t really keep up with those things too much to be honest, but I don’t think the perception was that it was a hit, and so in that way, I don’t know that the risk is worth it,” the actor says. “I think the idea is to move on. The producers spoke to me just saying ‘Great job,’ they really liked what I did, but I haven’t heard anything about a sequel, and I’m not hanging my hat on anything like that.”

Jadi kepada peminat-peminat Hellboy, patutkah francais ini diberi pulang kedua oleh Liosngate? berikan pendapat anda.

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment