David Harbour Akan Bawa Watak Red Guardians Dalam Filem Black Widow

578
views

Banyak pekara menarik semasa sesi panel Marvel Studios di Hall H, San Diego Comic-Con. Antara yang ditunggu-tunggu adalah senarai pelakon filem solo Black Widow. David Harbour antara yang disahkan menyertai barisan filem Black Widow setelah lama dikaitkan dengan filem tersebut.

Lebih menarik, karakter yang bakal dilakonkan bintangi siri televisyen Stranger Things itu mempunyai hubungan dengan Natasha Romanoff / Black Widow dalam versi komik.

Harbour diberi tugas untuk membawakan watak Alexei Shostakov atau juga dikenali sebagai Red Guardians, “Captain America” versi Soviet

“That’s one of the things I really like about this character,” “There’s an openness to interpretation. The one thing we do is know is that he’s the counterpart to Captain Americaon the Russian Soviet side, but that way we have a lot of play with who he is and we are playing with him.”

Versi komik, Alexei dan Natasha merupakan pasangan suami isteri sebelum KGB memalsukan kematian Alexei untuk dilatih menjadi Red Guardians manakala Natasha membelot kepada Amerika Syarikat dan menyertai Avengers.

Tidak dipastikan apa hubungan Alexei dan Natasha dalam filem Black Widow akan datang, adakah sebagai kawan ataupun musuh. Bercakap kepada Rottentomatoes, David Harbour memberitahu karakternya mempunyai ‘twist’ yang menarik kepada penonton.

“He’s a very surprising character. You sort of think in the beginning of hte film he’s one thing, and then he becomes very much another. There’s a lot of movement to his character, a lot of arc. There’s all sorts of humor and heart, which I think is in a lot of these Marvel movies,” 

Filem ini turut dibintangi Florence Pugh, O-T Fagbenle serta Rachel Weisz, dan akan ditetapkan selepas filem Captain America: Civil War. Black Widow sedang menjalani penggambaran dan dijangka akan menemui penonton pada 1 Mei 2020.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here