Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dave Bautista Ucapkan Selamat Tinggal Pada Watak Drax

Pelakon Dave Bautista tidak berahsia tentang masa depannya dalam francais Guardians of the Galaxy. Sejurus selepas dia selesai menjalani penggambaran untuk ansuran ketiga francais itu, Bautista, menerusi media sosial, telah kongsikan mesej istimewa buat watak lakonannya, Drax. 

Dalam catatan di Instagram yang dibuatnya pada awal minggu ini, pelakon itu berkongsi foto yang menampilkan majoriti pelakon Guardians selepas mereka tamat menjalani penggembaran. Bautista berkata bahawa dia masih belum menemui ayat yang sesuai untuk menterjemahkan ekspresinya selepas selesai penggambaran, dan dia perlu segera keluar ke set penggambaran filem yang lain. 

Bagaimanapun, di penghujung ayat, Bautista menyatakan bahawa ia adalah “penghujung perjalanan” yang mengubah hidupnya, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada watak Drax melalui hastag. 

“Masih belum menemui ayat yang sesuai,” kata Bautista dalam catatan itu. “Ia berakhir tiba-tiba dan saya perlu pergi ke filem seterusnya sebelum saya dapat memproses semuanya. Berakhirlah perjalanan yang mengubah hidup saya.”

Bautista mungkin mengucapkan selamat tinggal kepada Drax, tetapi watak mungkin masih berada dalam MCU untuk sedikit masa lagi. 

Pelakon itu sebelum ini telah menjelaskan bahawa dia akan berhenti memainkan peranan itu selepas Guardians of the Galaxy Vol. 3 ditayangkan pada tahun hadapan. Dalam perkongsian di Twitter tahun lalu, Bautista berkata watak Drax tidak akan pergi ke mana-mana, cuma dia tidak akan memainkan watak itu lagi disebabkan faktor usia. 

Drax tidak akan ke mana-mana,” kata Bautista di Twitter. “Dia tidak akan dimainkan lagi oleh lelaki ini! Bila [Guardians of the Galaxy Vol. 3] ditayangkan, saya akan berumur 54 tahun! Muka menjerit ketakutan, saya menjangkakan segala-galanya akan mula kendur bila-bila masa.”

Guardians of the Galaxy Vol. 3 sekali lagi ditulis dan diarahkan oleh James Gunn, dan menampilkan kepulangan bintang utama seperti Chris Pratt, Zoe Saldaña, Dave Bautista, Sean Gunn, Karen Gillan, Pom Klementieff, Bradley Cooper, dan Vin Diesel yang meneruskan peranan mereka sebagai Star-Lord, Gamora, Drax, Kraglin, Nebula, Mantis, Rocket, dan Groot.

Menyertai mereka adalah pendatang baharu MCU iaitu Will Poulter dan Chukwudi Iwuji, dengan Poulter disahkan membawa watak kegemaran peminat, Adam Warlock. Filem terbaru MCU ini akan menemui penonton pada 5 Mei 2023.

 

Related posts

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser “Berlin” Memperkenalkan 5 Watak Utama

Kakimuvee

Universal Bangunkan Filem Terbaru “American Pie”

Kakimuvee

Trailer Rasmi “Black Panther 2” Memperlihatkan Ancaman Yang Dihadapi Wakanda

Kakimuvee

Christian Bale Intai Peluang Sertai Francais Star Wars

Kakimuvee

REMP-IT 2 Bakal Mencetuskan Fenomena Selepas 16 Tahun

Kakimuvee

Leave a Comment