Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Dave Bautista Tidak Mahu Menjadi Mentor Dalam Klip Terbaru MY SPY

STXfilms telah melancarkan klip filem terbaru filem aksi komedi My Spy yang menampilkan Kristen Schaal cuba meminta JJ Cena (Dave Bautista) menjadi mentornya. Peminat tempatan akan menyaksikan filem ini mulai 12 Mac. Anda boleh saksikan klip filem dibawah.

Seorang pekerja CIA bernama JJ telah diturunkan pangkat dan terpaksa menjalankan operasi pemantauan rutin atas keluarga Sophie. Bagaimanapun, gadis pintar teknologi yang berusia 9 tahun itu menjumpai kamera-kamera tersembunyi di dalam rumahnya dan berjaya mengesan di mana operasi itu dijalankan.

Setelah mendapat tahu tentang rahsia perisik itu, dia cuba memujuknya untuk mengajar cara menjadi seorang perisik dengan balasan tidak akan mendedahkan penyamarannya. Walau enggan pada mulanya, perisik itu kemudiannya mengalah dengan pesona dan kepintaran gadis itu.

My Spy diarahkan Peter Segal (50 First Dates) berdasarkan skrip yang ditulis Jon dan Erich Hoeber, dan turut dibintangi pelakon seperti Chloe Coleman, Kristen Schaal, dan Ken Jeong.

Related posts

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Marvel Studios Lancar Trailer & Poster “She-Hulk: Attorney at Law” Untuk Siri Disney+ Hotstar Yang Akan Datang

Kakimuvee

Trailer “Mat Kilau” Papar Perjuangan Anak Bangsa Melawan Penjajah

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Leave a Comment