Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dave Bautista ‘Kutuk’ Filem The Fast and the Furious

Selain Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan John Cena, Dave Bautista juga merupakan bekas pengusti yang berjaya didunia lakonan. Bagaimanapun, bagi pelakon filem Guardians of the Galaxy itu, karier lakonannya berbeza berbanding bintang utama filem The Fast and The Furious dan Bumblebee itu.

Menurut laporan dari laman web Wegotthiscovered Bautista mendedahkan bahawa dia tidak gemar peminat membandingkan dirinya dengan The Rock dan Cena, dan beranggapan bahawa kedua-dua bekas seterunya digelanggang gusti itu adalah pengusti yang menjadi bintang filem, manakala beliau adalah bekas pengusti yang kini menjadi aktor.

“Those guys are wrestlers who became movie stars. I’m … something else. I was a wrestler. Now, I’m an actor.”

Beliau juga menerangkan perbandingan di antara aktor dan bintang filem dengan memberi contoh The Rock yang merupakan bintang filem, tetapi bukan aktor yang hebat.

“Rock was, in a way, a movie star before he was even a movie star. There is something about him that’s really special. I’d never take that away from him. Would I consider him a great actor? Fuck no.”

Bukan itu sahaja, beliau juga menolak baik permintaan peminat yang mahu melihat beliau berlakon bersama-sama The Rock & John Cena dalam filem spin off Fast and Furious. Malah beliau turut mengatakan yang beliau hanya mahu berlakon dalam filem yang bagus.

Tidak dipastikan sama ada Dave Bautista bergurau ataupun serius dengan pendiriannya. Dikala The Rock dan John Cena mengumpul kekayaan menerusi karier lakonan mereka, Bautista dilihat ingin cuba meningkatkan kemampuannya berlakon ke tahap yang lebih tinggi, mungkin dia cuba memburu anugerah atau pengiktirafan berbanding populariti dan duit.

Jadi kepada anda semua, adakah anda beranggapan Dave Bautista ini sebagai aktor atau bintang filem seperti The Rock? kongsikan pendapat anda.

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating