Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dave Bautista & Hiroyuki Sanada Bintangi Filem Netflix, Army Of The Dead Arahan Zack Snyder

Bintang filem Avengers: Endgame, Dave Bautista dan Hiroyuki Sanada akan bintangi filem bertemakan zombi thriller berjudul Army of the Dead. Filem ini diarahkan bekas pengarah filem Justice League Zack Snyder dan akan disiarkan platform Netflix tidak lama lagi.

Army of the Dead akan mengisahkan tentang sekumpulan tentera upahan yang memperjudikan nyawa mereka untuk menceroboh masuk ke zon yang dikuarantin disebabkan wabak zombi demi menjalankan misi rompakan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pihak.

Filem ini turut dibintangi Omari Hardwick (Power), Chris D’Elia (Undateable), Garret Dillahunt (Deadwood), Raúl Castillo (Knives Out), Nora Arnezeder (Safe House), Matthias Schweighöfer (Valkyrie), Samantha Win (Wonder Woman) dan Rich Cetrone (Batman v Superman: Dawn of Justice).

Skrip filem ditulis oleh Zack Snyder sendiri dengan kerjasama Joby Harold (King Arthur: Legend of the Sword) dan Shay Hatten (John Wick: Chapter 3 – Parabellum). Snyder juga turut bertindak selaku filem ini bersama-sama Deborah Snyder dan Wesley Coller.

Army of the Dead telah memulakan penggambaran pada minggu ini dan dijangka akan menemui penonton di laman streaming Netflix pada tahun hadapan.

Related posts

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

Leave a Comment