Dave Bautista yang membawakan watak Drax the Destroyer dalam Marvel Cinematic Universe memberi amaran bahawa beliau tidak akan berlakon dalam filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 sekiranya pihak studio tidak menggunakan skrip yang dihasilkan oleh James Gunn.
Ketika ditemubual oleh laman web Short List, pelakon tersebut turut mempertahankan bekas pengarah Guardians of the Galaxy itu dengan menyatakan James Gunn sebagai seorang individu yang baik
“Nobody’s defending his tweets, but this was a smear campaign on a good man, I spoke to Chris Pratt the day after it happened and he’s a bit religious so he wanted time to pray and figure it out, but I was more like: f*ck this. This is bullsh*t. James is one of the kindest, most decent people I’ve met.”
“Where I’m at right now is that if [Marvel] don’t use that script, then I’m going to ask them to release me from my contract, cut me out or recast me.”
Pada pertengahan Julai yang lalu, James Gunn telah dipecat oleh Disney setelah ‘Tweet’ lama milik pengarah itu terbongkar. “Tweet” tersebut mengandungi kenyataan-kenyataan kontroversi dan humor melampau berkenaan isu rogol, pedophilia, insiden 9/11 dan juga insiden Holocaust.
Bagaimanapun, pelakon-pelakon utama Guardians of the Galaxy iaitu Dave Bautista, Chris Pratt, Zoe Saldana, Bradley Cooper, Vin Diesel, Karen Gillan, Pom Klementieff, Michael Rooker dan Sean Gunn masih menyokong pengarah terbabit dan meminta pihak Disney agar mengambil semula James Gunn sebagai pengarah Guardians of the Galaxy Vol. 3.
Filem Guardians of the Galaxy Vol. 3 sepatutnya memulakan penggambaran mereka pada musim luruh ini di Atlanta, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada jadual penggambaran diteruskan seperti biasa ataupun ditangguhkan selepas pemecatan James Gunn.