Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dave Bautista Akan Bintangi Filem Adaptasi Komik

Dave Bautista, bekas ahli gusti profesional yang semakin meningkat naik di industri perfileman Hollywood bakal muncul dalam sebuah lagi filem adaptasi siri komik berjudul Eternal Warrior. Selepas berjaya membawakan watak Drax the Destroyer dalam filem Guardians of the Galaxy dengan begitu berkesan, saham Bautista semakin meningkat naik dan mula membintangi beberapa filem besar Hollywood.

Dave Bautista bakal muncul dalam filem Blade Runner 2049 dengan membawakan watak yang masih belum diketahui serta menjadi pelakon utama untuk filem aksi akan datang Bushwick. 

Laman web The Hollywood Reporter mengesahkan berita penglibatan Dave Bautista dalam filem Eternal Warrior, malah Bautista juga mengeluarkan kenyataan di laman Twitter beliau yang mengesahkan skrip untuk filem berkenaan sedang dibuat.

Eternal Warrior adalah sebuah komik yang diterbitkan oleh syarikat penerbitan Valiant Comics. Siri komik berkenaan berterbitkan sebanyak 50 isu dari tahun 1992 sehingga 1996. Komik berkenaan mengisahkan seorang pahlawan Gilad Anni-Padda (atau juga dikenali sebagai Eternal Warrior ) yang ditugaskan untuk melindungi Geomancer dan juga Bumi.

Ini merupakan filem adaptasi komik pertama Dave Bautista sebagai pelakon utama. Dengan pengalamannya berlakon dalam filem Superhero, Bautista mungkin tidak menghadapi masalah untuk membawakan watak tersebut dengan baik nanti.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment