Slot Tempatan

DAULAT Boleh Ditonton Mulai 6 April Ini, Eksklusif Di IFLIX

Views

Bagi yang ‘terliur’ dengan klip-klip filem Daulat, ada berita baik buat anda. Filem politikal thriller terbitan Lacuna Pictures itu bakal menemui penonton mulai 6 April ini, eksklusif di Iflix.

Selepas tewas dalam pilihan raya umum, Hassan (presiden MUNA) telah mengambil Suri sebagai timbalannya. Suri dikenali sebagai ahli politik perempuan yang kejam yang sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamatnya. Matlamat Hassan dan Suri kali ini adalah untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Filem arahan Imran Sheik (Jibril) ini dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Tony Eusoff, Jasmine Suraya, Cristina Suzzane, dan Zul Zamir. Bagi yang belum mempunyai akaun Iflix, anda boleh daftarnya disini.

 

View this post on Instagram

 

Filem politikal thriller tempatan, #Daulat akan menemui penonton 6 April ini, eksklusif di @iflixmy #Kakimuvee

A post shared by Kakimuvee (@kakimuvee) on

Tinggalkan Balasan

shares