BeritaSlot Tempatan

Datuk Seri Eizlan Yusof Terima Anugerah Di Festival Filem Art Chunsa ke-24

Views

Penerbit dan pelakon terkenal tanah air, Datuk Seri Eizlan Yusof telah diberi pengiktirafan apabila menerima anugerah Asian Most Promising Actor Award di Festival Filem Art Chunsa ke-24 (24th Chunsa Film Art Awards) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan pada Khamis yang lalu.

“Ini untuk Malaysia” ucapnya selepas menerima anugerah tersebut.

Selain itu juga, Eizlan turut melahirkan rasa syukur dengan pengiktirafan yang diberikan kerana penat lelah serta pengorbanannya selama ini sebagai anak seni akhirnya terbalas.

“Syukur to Allah… rasa hilang sekejap segala penat lelah dan pengorbanan sebagai #PenggiatSeniKreatif selama ini. Terima kasih kepada semua yg sentiasa support dan mendoakan saya selama ini,”

Eizlan juga turut berkongsi kejayaan kepada peminat dengan memuatnaik video penerimaan anugerah ketika acara berprestij tersebut berlangsung.

Anugerah dimenangi Eizlan itu adalah kategori baru yang diwujudkan dalam festival yang diasaskan Persatuan Pengarah-Pengarah Filem Korea sejak 1990. Beberapa filem popular yang pernah mencipta sejarah dalam festival itu sebelum ini adalah Train To Busan dan Along With The Gods: The Two World.

Sumber: Astro Gempak / NST

BACA:  Gambar Terbaru Captain Marvel Dedahkan Angkatan Tentera Starforce Dan Skrull

Tinggalkan Balasan

shares