Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Datuk Rosyam Nor Tidak Kisah Berlakon Dengan Pendatang Baru


Sumber gambar: Cinema Online

Walaupun sejak kebelakangan ini terdapat pelakon senior yang meluahkan perasaan mereka terhadap pelakon baru, aktor veteran yang sangat dikenali ramai, Datuk Rosyam Nor mengakui beliau tiada masalah untuk berlakon bersama-sama pendatang baru dalam dunia perfileman dan drama tempatan.

Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa menghadiri sidang media filem terbaru lakonan beliau yang berjudul Lee Chong Wei.

Dalam filem biografi tersebut, Rosyam akan membawa watak jurulatih badminton Datuk Misbun Sidek dimana watak beliau banyak melibatkan babak bersama pelakon baru Tosh Chan yang akan membawa watak sebagai Dato’ Wira Lee Chong Wei.

“Sebagai seorang pelakon senior dan berpengalaman, saya perlu tahu cara untuk menjiwai watak saya tanpa memperlihatkan lakonan saya tidak ‘overshadow’ pelakon utama lain.”Untuk memastikan perkara itu tidak berlaku, saya akan turunkan sedikit gaya lakonan saya supaya ia setaraf dengan pelakon lain” 

Rosyam juga turut memuji  lakonan Tosh yang dilihat sebagai seorang pelakon muda yang cukup berbakat besar.


Selain Datuk Rosyam Nor dan Tosh Chan, filem biografi Lee Chong Wei ini juga turut dibintangi oleh Jake Eng, Agnes Lim, Ashley Hua dan ramai lagi. Filem arahan pengarah filem Kepong Gangster, Teng Bee ini akan memulakan tayangan perdana pada 9 Mac di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum tayangan sebenar iaitu pada 15 Mac 2018

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Dari Hong Kong Ke Hollywood, Ini Pelakon Malaysia Yang Pernah Membintangi Filem Luar Negara

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd