Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Daryl, Michonne & Carol Bersedia Dalam Poster Promo The Walking Dead Musim Ke-10


Siri komik The Walking Dead mungkin telah tamat, tetapi adaptasi skrin kecil masih diteruskan dan bakal menyusuli musim kesepuluh pada Oktober ini.

Bagi merancakkan musim terbaru The Walking Dead, AMC telah melancarkan poster promo yang menampilkan karakter Daryl (Norman Reedus), Carol (Melissa McBride), dan Michonne (Danai Gurira) bersedia untuk menghadapi Perang Whisperer. Anda boleh saksikan poster tersebut dibawah.

Musim kesembilan yang lalu menyaksikan tambahan baru dalam dunia The Walking Dead, iaitu salji. Para ‘survivor’ TWD berjaya menghadapi ribut salji yang dasyat manakala antagonis baru, The Whisperers masih memberi ancaman selepas membunuh beberapa karakter pada musim lalu.

The Walking Dead dibintangi para pelakon seperti Melissa McBride, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Ross Marquand, Austin Amelio, Tom Payne, Xander Berkeley, Khary Payton, dan Jeffrey Dean Morgan. Manakala bekas pelakon American Beauty, Thora Birch akan memainkan watak antagonis terbaru bernama Gamma.

Musim ke-10 The Walking Dead akan memulakan siarannya pada 6 Oktober ini



Related posts

[TRAILER] Black Mirror Kembali Dengan Musim 6, Netflix Dedah Tarikh Tayangan

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Daryl Akan Berhadapan Dengan Zombi Yang Lebih Laju Dalam Spin-Off Terbaru “The Walking Dead”

Kakimuvee

“Pretty Little Liars: Original Sin” Akan Membuat Debut Di HBO GO Pada 28 Julai Ini

Kakimuvee

[VIDEO] Ms. Marvel Berhadapan Dengan Musuh Misteri Dalam TV Spot Terbaru

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee