Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Darth Vader Muncul Dalam Filem Han Solo?

Beberapa bulan sebelum ini, terdapat khabar angin bahawa karakter villain paling ikonik dalam franchise Star Wars,  Darth Vader bakal muncul dalam satu lagi filem spin off Star Wars yang berjudul Han Solo. Walaupun watak tersebut ditamat dalam filem Episode VI: Return of Jedi, ia tetap dimasukkan dalam beberapa filem terbaru Star Wars iaitu A Force Awakens dan Rogue One.

Menurut laporan thathashtagshow.com armor Darth Vader dilaporkan berada di set pengambaran Han Solo dan menurut laman web itu lagi, mereka yakin bahawa Darth Vader mungkin akan muncul dalam satu atau beberapa babak dalam filem spin off itu.

Ron Howard kini sedang dalam proses reshoot selepas mengambil kerusi pengarahan dari Lord and Miller yang disingkirkan oleh Lucasfilm kerana percanggahan idea kreatif. Jika dilihat dari visi pengarah sebelum ini, Darth Vader disahkan tidak akan muncul dalam filem berkenaan, namun dengan pengambilalihan dari pengarah sebelum ini, Howard mungkin menghasilkan filem mengikut acuannya sendiri dan salah satunya meletakkan watak villain Star Wars itu.

Cuma setakat ini, tiada pengesahan rasmi dari Lucasfilm mengenai kemunculan Darth Vader serta pelakon yang membawakan watak tersebut.

Bagaimanapun, jika benar watak Darth Vader dimasukkan sekali dalam filem Han Solo, ia tidak lebih kepada strategi pemasaran memandangkan Han Solo dan Vader tidak pernah bertemu sehinggalah dalam filem Star Wars Episode IV: A New Hope

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment