Dark Phoenix, Godzilla: King Of The Monsters Terpaksa Merangkak Mencari Duit Raya

0
57
views

X-Men: Dark Phoenix secara rasmi menjadi filem paling rendah kutipan tiket pada minggu pertama dalam francais X-Men. Filem tersebut hanya mampu meraih $33 juta dolar untuk pasaran domestik Amerika Syarikat (AS).

Walaupun rendah, kutipan tersebut meletakkan Dark Phoenix ditangga kedua carta box office AS dibelakang The Secret Life of Pets 2 yang berjaya meraih $47.11 juta dolar pada minggu pertama.

Dark Phoenix bagaimanapun mendapat sokongan dari pasaran antarabangsa apabila berjaya meraih $107 juta dolar menjadikan jumlah keseluruhan kutipan minggu pertama sebanyak $140 juta.

Filem terakhir X-Men ini perlu bekerja keras pada minggu kedua untuk mengatasi kos pembikinan yang mencecah $200 juta dolar.

Filem Aladdin jatuh ke tangga ke-3 carta Box Office AS dengan kutipan sebanyak  $24.5 juta dolar manakala pasaran antarabangsa berjaya menambah kutipan sebanyak  $67.6 juta dolar. Jumlah keseluruhan kutipan filem 'live action' Disney ini telah $604.9 juta dolar sejak ia ditayangkan.

Sementara itu, filem Godzilla: King Of The Monsters dilihat bergelut untuk meneruskan prestasi kutipan tiket apabila hanya mampu*r meraih $15.4 juta dolar untuk pasaran domestik dan $47.1 juta untuk pasaran antarabangsa. Dengan kutipan terkini hanya $292.3 sejak ia ditayangkan pada 30 Mei yang lalu,

Godzilla memerlukan bantuan rakan-rakan kaijunya untuk beraya dari rumah ke rumah bagi menyamai jumlah kutipan dua filem terdahulu iaitu Godzilla dan Kong yang mana kedua-dua filem berjaya meraih lebih $500 juta sepanjang tayangan.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here